Persada Akhir Tahfiz Muda Malam Ini!

Selepas bersiaran selama 6 minggu, program realiti hafazan kanak-kanak, Tahfiz Muda akhirnya sampai ke kemuncak.

Rakaman persada akhir program itu yang telah berlangsung di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, Taman Tun Dr. Ismail, Sabtu lalu bakal bersiaran malam ini, di saluran Astro Oasis (106) dan siaran serentak di Astro Maya HD (135) jam 9.00 malam.

Persada Akhir Tahfiz Muda Malam Ini!

Tahfiz Muda merupakan sebuah program realiti yang menguji dan mencungkil bakat kemahiran kanak-kanak yang berumur lingkungan antara 6 hingga 12 tahun terhadap kebolehan mereka dalam menghafaz kitab suci Al-Quran.

Mengangkat tema Quranku, Sahabatku, program ini membawa penonton untuk menghayati Al-Quran sebagai panduan dan cahaya dalam hidup sekali gus menambahkan lagi ketaqwaan umat Islam kepada Allah SWT agar lebih gigih berusaha untuk memahami Al-Quran dan mengamalkannya.

Pentas akhir Tahfiz Muda akan diadili 100 peratus menggunakan penjurian profesional di mana 3 nama besar yang berpengalaman luas dalam bidang hafazan dan tajwid telah diberikan tanggungjawab selaku juri tetap.

Ustaz Zamri Zainuldin bertindak selaku sebagai Hakim Tajwid, PU Hafiz sebagai Hakim Hafazan dan Ustazah Sharifah Khasif sebagai Hakim Kreativiti dan Tarannum.

Program Tahfiz Muda ini juga menampilkan kelibat Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan sebagai pengacara untuk musim ini.

Selain itu, program ini turut menyaksikan pembabitan Ustaz Don Daniyal sebagai Mursyid (Pembimbing) kepada para peserta Tahfiz Muda.

Terdahulu, seramai 121 calon telah mengikuti sesi uji bakat program Tahfiz Muda pada bulan Mac lalu di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan seramai 10 orang telah terpilih untuk menyertai musim pertama ini.

Selepas enam minggu bersiaran, program Tahfiz Muda akhirnya sampai ke kemuncak apabila pentas akhir program berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu, 21 Mei 2016 lalu di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Rakaman pentas akhir ini akan disiarkan di saluran Astro Oasis (106) dan siaran serentak di Astro Maya HD (135) pada hari Khamis, 26 Mei 2016 ini jam 9.00 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments