Single Al!f Buat Arwah Mama

Muhammad Alif Abdullah atau AL!F
Muhammad Alif Abdullah atau kini lebih dikenali sebagai Al!f, yang sebelum ini dikenali sebagai rapper bagi kumpulan SleeQ, kini Al!f telah mengambil keputusan untuk bergerak secara solo.

Setelah bergerak solo, Al!f kini muncul dengan single terbaru bertajuk ‘Mama’ yang amat ditunggu-tunggu oleh para peminat beliau di Malaysia mahupun Singapura.

Lagu ‘Mama’ ini juga telah di karang oleh Al!f sendiri.

Kehebatan Al!f dalam mengarang lagu terbukti apabila single ‘Untuk Dia’, ‘Salam Semua’ dan ‘Tepi Sikit’ mendapat sambutan hangat terutama sekali di kalangan remaja yang berjiwa hip-hop. Lagu ‘Tepi Sikit’ juga telah mendapat 5x platinum untuk muat turun ring back tone (RBT) iaitu sebanyak 1 juta unit muat turun.

Namun lagu ‘Mama’ ini telah membuktikan bahawa Al!f juga mampu menghasilkan lagu yang mampu mengusik jiwa para pendengar.

‘Mama’ menjadi lebih istimewa apabila lagu ini dicipta khas untuk arwah ibu beliau. Al!f pada mulanya tiada perancangan untuk melancarkan ‘Mama’ sebagai single beliau yang pertama sebagai artis solo, tetapi di dalam proses untuk menyiapkan single yang sepatutnya, ibunya yang tercinta telah pergi meninggalkan beliau sekeluarga kerana jatuh sakit dan sekali gus membuatkan Al!f untuk menulis lagu ‘Mama’ khas untuk bonda tercinta.

Lagu ‘Mama’ mempunyai nilai sentimental yang istimewa buat diri Al!f, kerana lagu itu di dedikasikan khas untuk arwah ibunya yang telah banyak membantu Al!f bukan sahaja dalam kerjaya seninya tetapi di dalam kehidupannya juga.

Ternyata ‘Mama’ ini adalah sebuah lagu yang membawa seribu satu makna buat Al!f. Dari sudut susunan lagu dan juga penulisan lirik bagi lagu ini amat mendalam, dan jika dihayati ianya membawa kepada penceritaan di dalam sebuah perhubungan di antara seorang anak dan ibunya.

Dari liriknya sahaja kita dapat merasakan hubungan yang begitu erat diantara Al!f dan ibunya.

AL!F – Mama [Official Music Video]

Muzik video untuk lagu ‘Mama’ juga menggambarkan betapa dalam perasaan cintanya terhadap ibunya. Al!f juga telah menggunakan beberapa koleksi gambar peribadinya bersama ibu tercinta sebagai kenangan dan memori terindah bersama ibunya di dalam muzik video tersebut. Jelas kelihatan kasih seorang anak yang ada pada Al!f menerusi muzik video ini.

Al!f berharap bahawa lagu ini boleh memberi satu semangat dan kekuatan kepada mereka yang mendengarnya terutama sekali kepada mereka yang telah kehilangan bonda tercinta.

Muzik video ‘Mama’ juga sudah berada di YouTube pada 8 Mei lalu bersempena dengan sambutan Hari Ibu dan kini telah mencecah hampir 5 ribu tontonan.

Menurut Al!f, isterinya Azzah turut memberi dorongan dalam proses pembikinan lagu ‘Mama’ ini dan pada tahun ini juga, Al!f juga bakal menjadi seorang bapa.

Semoga Roh ibu Al!f – Allahyarhamah Marina Binte Salim ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Lagu ‘Mama’ oleh Al!f ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments