Siti Elizad Juara Gempak Superstar 2016

Siti Elizad Juara Gempak Superstar 2016
Siti Elizad telah diumum sebagai juara program Gempak Superstar musim pertama yang berlangsung di Pinewood Studio, Johor Baru, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Elizad membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000, beserta trofi sumbangan Astro. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.

Pada pertandingan yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) itu menyaksikan pelakon itu menyanyikan lagu berjudul Ketelusan Hati dan Makhluk Tuhan Paling Seksi.

Tempat kedua dimenangi oleh pelakon, Sherry Ibrahim dengan menyampaikan lagu berjudul Janji Manismu dan Tak Ada Logika sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000 dan sebuah trofi.

Sherry turut menerima Anugerah Terlajak Gempak Superstar.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Arja Lee dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi.

Sementara itu, pelakon Soffi Jikan dan Nazim Othman terpaksa berpuas hati apabila diumum menduduki tempat keempat dan kelima.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments