Strawberi & Karipap Musim Ke-3

Siri drama komedi kanak-kanak popular, Strawberi & Karipap muncul dengan musim terbaru menggandingkan dua nama baru, Hisyam Hamid dan Fouziah Ghous selaku teraju utama di samping dua bintang ciliknya yang tidak asing lagi iaitu Mia Sara dan Rykarl Iskandar.

Drama 13 episod arahan Feroz Kader ini telah menemui penonton setia Astro mulai 7 Mei 2016 lalu di saluran 611, Astro Ceria dan Astro Maya HD, saluran 135, setiap Sabtu, jam 11 pagi.

Strawberi & Karipap Musim Ke-3

Menariknya kali ini, Strawberi & Karipap Musim Ketiga telah menjalani pengambaran di Hong Kong, menerusi kerjasama yang dijalinkan bersama pihak Hong Kong Tourim Board (HKTB).

Sinematografi berlatar belakangkan bandaraya Hong Kong yang cukup moden pastinya memberikan ‘mood’ yang berbeza dalam drama ini.

Hisyam Hamid memegang watak sebagai Faris, ayah kandung kepada Haikal lakonan Rykarl Iskandar manakala Fouziah Ghous memainkan peranan Maya, ibu kandung Nini yang telah berkahwin dengan Faris.

Zizan Nin dan Nelydia Senrose yang sebelum ini menjadi teraju utama musim kedua Strawberi & Karipap akan turut membuat kemunculan khas dalam drama ini selain menampilkan seorang pelakon cilik baru, Chia Shue En.

Sinopsis Strawberi & Karipap Musim Ke-3

Strawberi & Karipap Musim Ketiga membawa penonton mengikuti kisah Nini dan Haikal selepas Pak Su (Zizan Nin) dan Aunty Lisa (Nelydia Senrose) berkahwin.

Ibu kandung Nini, Maya (Fouziah Ghous) membuat kejutan kepada Nini dan Haikal apabila mengajak mereka tinggal di Hong Kong bersama-sama Faris (Hisyam Hamid).

Pengembaraan Nini dan Haikal di Hong Kong bermula baik apabila mereka ternyata suka akan bandar tersebut. Maya dan Faris membawa Nini dan Haikal melawat tempat-tempat menarik sekitar Hong Kong seperti Disneyland dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, Nini dan Haikal berkesempatan mempelajari bahasa Kantonis di sana. Namun begitu, keseronokan Nini dan Haikal tinggal di Hong Kong tidak berpanjangan apabila Faris diminta untuk pulang semula bertugas di Kuala Lumpur.

Apakah yang akan berlaku?

Semuanya dapat kita saksikan dalam drama Strawberi & Karipap Musim Ketiga.

Ikuti perjalanan kisah hidup keluarga kecil mereka menerusi drama komedi bersiri Strawberi & Karipap Musim Ketiga yang bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 11.00 pagi secara eksklusif menerusi saluran Astro Ceria (611) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Drama 13 episod ini diterbitkan Global Station Sdn Bhd, sebuah syarikat produksi yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran tempatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments