Noraniza Idris Terbit Album Ria Aidilfitri

Noraniza Idris Terbit Album Ria Aidilfitri
Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd kini telah menerbitkan album hari raya istimewa berjudul “Ria Aidilfitri” dan diedarkan bermula 25 Jun 2016.

Bersempena dengan sambutan Ramadan dan Syawal, “Ria Aidilfitri” menjadi bingkisan istimewa buat semua peminat yang merindui kemunculan Noraniza Idris yang turut dimeriahkan dengan kemunculan artis-artis di bawah pengurusan NIPVSB.

“Ria Aidilfitri” menghimpunkan lagu-lagu terbitan NIPVSB dan nyanyian Noraniza Idris secara eksklusif bersama Ihab Ismail, Fee Haiqal, Fadzlee Sufri, Dalili Amerda dengan lirik yang turut ditulis oleh penulis lirik kreatif , Ahmad Fedtri Yahya yang juga merupakan artis di bawah naungan NIPVSB.





Album ini mengandungi 12 keratan lagu-lagu ciptaan baharu dan lama menerusi susunan muzik dan nyanyian artis terlibat. Istimewanya album ini turut mengenengahkan bakat nyanyian dan ciptaan anak bongsunya, Fee Haiqal dan Fadzlee Sufri , anak suaminya dari Singapura.

Terdapat 8 buah lagu baharu dan 4 buah lagu yang diberi nafas baharu.

Lagu – lagu baharu adalah terdiri daripada :-

  • Rewang Raya (Noraniza Idris & Mimi Fly),
  • Angin Cinta di Aidilfitri (Ihab Ismail/ Noraniza Idris/ Royce Sa’ayan dan Azmir Arif),
  • Linangan Syawal (Noraniza Idris / Fadzlee Sufri),
  • Niatku (Fee Haiqal/ Ihab Ismail/ Dalili Amerda),
  • Titian Hidup (Ihab Ismail),
  • Ahlan Wasahlan Ya Syawal (Royce Sa’ayan/ Noraniza Idris / Ihab Ismail),
  • Aidilfitri Jadi Saksi (Fee Haiqal / L’zzay Affendy),
  • Ria Aidilfitri (Ihab Ismail, Fee Haiqal, Noraniza Idris, Royce Sa’ayan, Azmir Arif, NIPVMania),
  • Kalimah Lebaran (Razis Ismail/ Azmir Arif/ Noraniza Idris),
  • Nostalgia Aidilfitri (Noraniza Idris/ Ihab Ismail/ Royce Sa’ayan/ Azmir Arif),
  • Akar Kita Zapin Aidilfitri (Noraniza Idris/ Ihab Ismail/ Fee Haiqal/ L’zzay Affandy), dan
  • Kasih Ibu/Seri Mersing (Noraniza Idris).

Album ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis undangan, Mimi Fly (One Nation Emcee), L’zzay Affandy , Royce Sa’ayan, Razis Ismail dan Azmir Arif.

Lebih istimewa, album ini turut dimeriahkan dengan pengisian sketsa pendek dan ucapan khas artis-artis terlibat yang membawa pesanan dengan tema yang disesuaikan mengikut setiap lagu yang turut dilakonkan secara santai oleh artis-artis yang terlibat.

Album ‘Ria Aidilfitri’ Amat Istimewa Bagi Noraniza Idris

Bagi Noraniza, album “Ria Aidilfitri” ini dianggap sebagai album yang sangat istimewa kerana buat pertama kalinya beliau menerbitkan sebuah album berkonsep Hari Raya sepenuhnya walaupun melibatkan artis lain di dalam album ini tetapi konsepnya disusun sangat unik dan tersendiri.

Beliau bersama rakan artis yang lain turut bersetuju untuk sedekahkan sebahagian royalti jualan senaskah cakera padat album ini kepada keluarga Dalili Amerda, artis mereka yang juga salah seorang peserta Ceria Popstar kini sedang mengumpul dana membiayai perubatan ayahnya yang mengalami kanser darah tahap empat.

Begitu juga kepada salah seorang kumpulan promosi NIPVMania, Hazirah Yusof, yang kini menghadapi dugaan kerosakan saraf mata menyebabkan buta seumur hidup.

Semoga usaha beliau dan artis-artis yang terlibat dalam album “Ria Aidilfitri” ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

Beliau juga berharap agar “Ria Aidilfitri” ini dapat menghiburkan dan memberi kemanfaatan kepada peminat setia yang ingin bersedekah sambil berhibur. Begitu juga buat peminat yang sekian lama merindui kehadiran Noraniza Idris sebagai penggiat seni budaya dalam Industri Muzik Malaysia menerusi penerbitan album ini dan menjadi buah tangan istimewa sempena hari raya ini.

Sebarang tempahan persembahan Ria Aidilfitri dan pertanyaan lanjut boleh hubungi melalui email info.nipvsb@gmail.com. Anda juga boleh layari laman web www.akarkitazapin.com.my atau hubungi talian di 016-2918066.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments