Sedikit Waktu Gandingkan Farid Kamil & Diana Danielle

Sedikit Waktu - Farid Kamil & Diana Danielle
Menjelang Syawal ini, Astro menampilkan sebuah telemovie berjudul SEDIKIT WAKTU arahan pengarah Kabir Bhatia dan skrip Anwari Ashraf.

Telemovie yang akan menemui penonton pada hari Ahad, 3 Julai 2016, 9.30 malam ini, menampilkan gandingan yang sudah lama tidak dipertemukan di kaca televisyen mahupun layar perak iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle serta barisan pelakon lain seperti Hafizuddin Fadzil dan adik Fikry Kiki.

Bagi yang tidak sabar untuk menyaksikan telemovie ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan coretan 30 saat dari telemovie di laman sesawang facebook Astro Gempak, instagram Astro Gempak serta YouTube Astro Gempak.

Selain itu, saksikan juga lagu OST Telemovie ‪‎Sedikit Waktu‬ yang bertajuk Sajadah Panjang oleh kumpulan Noah di facebook Astro Gempak.





Sedikit Waktu - Hafizuddin Fadzil dan adik Fikry Kiki
Sedikit Waktu mengisahkan tentang Aidin (Fikry Kiki) yang berusia lapan tahun pergi bertemu atuknya, Abdullah setelah merasa kesunyian kerana ibu bapanya, Amal (Farid Kamil) dan Liza (Diana Danielle) sentiasa sibuk sehingga jarang meluangkan masa bersamanya.

Setelah menyedari kehilangan Aidin, Amal dan Liza mula menyalahkan antara satu sama lain atas kelalaian dalam memikul tanggungjawab.

Apabila mereka ingin membuat laporan polis tentang kehilangan Aidin, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari rumah kebajikan orang tua mengenai kehilangan Abdullah (Hafizuddin Fadzil).
Telefilem Sedikit Waktu
Barulah Amal sedar bahawa dia sudah lama tidak berikan masa buat ayahnya. Sementara itu, Aidin yang telah bersama dengan atuknya, kini dalam perjalanan ke sebuah tempat bagi mengubati kerinduan mereka.

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda bagi menyaksikan telemovie Sedikit Waktu pada hari Ahad ini, 3 Julai 2016, jam 9.30 malam serentak di laman sesawang Astro Gempak serta saluran Astro Ria dan Ria HD.

Layari laman www.facebook.com/PortalAstroGempak/ untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #SedikitWaktu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments