Sinar Aidilfitri Buat Arwah Nenek Dari Amirul Jafril

Memulakan kerjaya sebagai penulis dan penyampai berita radio di salah sebuah stesyen swasta terkenal, Amirul Jafril mula mencuba nasib sebagai penyanyi pada tahun 2010 dengan single pertama “Sehingga Sempurna”dengan modal sendiri.

Namun, Amirul membuat keputusan untuk tidak terus menyanyi secara tetap dan menyifatkan minat beliau dalam bidang muzik hanya sekadar hobi dan suka suka.

Walau bagaimapun sepanjang masa tersebut beliau masih terlibat dalam beberapa projek underground dan menghasilkan beberapa lagu yang masih belum diedarkan atau diperdengarkan kepada khalayak ramai.

Amirul Jafril Tampil Dengan Sinar Aidilfitri

Sinar Aidilfitri Buat Arwah Nenek Dari Amirul JafrilLagu Sinar Aidilfitri sebenarnya di hasilkan dan direkodkan pada tahun 2011, selepas Amirul mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu raya yang penuh dengan “feel raya”.

Bekerjasama dengan kompuser Rudy Halim (Rudeboy Halim), Amirul mengambil risiko dengan meminimakan elemen moden dalam lagu tersebut, menegaskan bahawa lagu raya seharusnya mempunyai feel dan melodi yang membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar lagu tersebut, terasa mahu pergi beraya.

Amirul Jafril menyifatkan lagu Sinar Aidilfitri adalah sebuah lagu yang tersangat istimewa baginya dan dia sendiri suka mendengarkan lagu tersebut. Lagipun, ia merupakan hadiah terakhir dari nenek kesayangannya, Rohani Binti Maidin yang meninggal dunia seminggu sebelum bulan Ramadan tahun ini.





Menurut beliau,

Ketika mahu menghasilkan lagu tersebut, beliau tidak cukup wang untuk menghabiskannya ke tahap mastering, kerana masih baru bekerja dan tidak mempunyai simpanan yang banyak.

Arwah nenek, yang percaya dengan bakat dan kebolehan cucunya itu, memberikan sejumlah wang untuk menghasilkan lagu tersebut.

Secara kebetulan beberapa minggu selepas arwah pergi, pihak pengurusan Joe Saiful dari JoePRCinternational menghubunginya dan menyatakan minat untuk memperdengarkan dan mempromosikan lagu tersebut ke khayalak ramai.

“Saya telah melihat sendiri kerja tangan JoePRCinternational dan berbesar hati dengan kepercayaan mereka untuk menguruskan bakat saya. Lantas membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mereka untuk promosi dan edaran lagu “Sinar Aidilfitri” dan seterusnya kerjaya muzik saya” kata Amirul Jafril.

Lirik Lagu Sinar Aidilfitri – Amirul Jafril

Komposer: Amirul Jafril/ Rudeboy Halim
Lirik: Amirul Jafril

Bertahun sudah ku diperantauan,
Hati merindu suasana raya di desa,
Syawal pertama, ibu kota sepi,
Tiada pelita atau cahaya bunga api

Alunan takbir, pengubat hati,
Teman dan taulan penawar sepi..

Salam lebaran ayah dan bonda,
Ku berjanji kan pulang jua,
Inilah ikrar murni anakmu ini,
Salam lebaran rakan dan taulan,
Sengketa lama kita lupakan,
Berjabat tangan maaf maafan.

Ku kucup tanganmu,
Ayah dan bondaku,
Kumohon ampun segala dosa silap padamu,
Pintaku hanya kau sejahtera selalu,
Berbahagia, di sepanjang hayatmu,
Ku panjat syukur pada ilahi,
Ucap minal aidil wal faizin.

Salam lebaran ayan dan bonda,
Ku berjanji kan pulang jua,
Untuk berjumpa sanak saudara,
Salam lebaran kekasih hati,
Kita pasti bersama nanti,
Kunanti sinar,di Aidilfitri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments