‘Tercipta Untukku’ di Astro First Eksklusif Raya Ini

Astro First Eksklusif - Tercipta Untukku
Istimewa di Aidilfitri ini, Astro First Eksklusif bakal menyiarkan ‘Tercipta Untukku’, sebuah filem romantik dan menyayat hati yang mendapat sentuhan sutradara hebat, Jamal Khan.

Menampilkan gandingan unggul dua pelakon tersohor tanah air, Remy Ishak dan Nabila Huda, FTV yang berdurasi 100 minit ini diterbitkan Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd. dan turut dibintangi pelakon-pelakon berpengalaman seperti Marissa Yasmin, Octavia Melrose dan Haeriyanto.

‘Tercipta Untukku’ membawa penonton mengikuti kisah percintaan di antara Thia (Nabila Huda) dan Adil (Remy Ishak) yang dilihat cukup utuh dan mampu mengatasi segala liku dan rintangan yang mendatang.

Namun begitu, ketentuan Yang Maha Esa dilihat bakal merubah segalanya.

Plot dan naratif penceritaan yang ditampilkan di awal telemovie ini digarap dalam suasana yang penuh dramatik dan disuntik pula dengan elemen lucu, romantik dan nakal yang diyakini mampu membuai perasaan hati para penonton.

Siri pengenalan di antara Thia dan Adil diketengahkan dalam beberapa peringkat yang mana senario pertemuan pertama mereka memperlihatkan Thia diragut dan kemudiannya diselamatkan oleh Adil yang kebetulan berada di lokasi berhampiran.

Menginginkan dirinya dikasihani oleh Adil oleh kerana kejadian malang itu, sangkaan Thia ternyata meleset apabila beliau dimarahi Adil dek kerana kecuaiannya.

Pertemuan kali kedua di klinik yang sama pada malam kejadian mengeruhkan lagi keadaan apabila kedua-duanya dilihat bergaduh dan terus menyalahkan diri masing-masing di atas apa yang berlaku.

Pertemuan Adil buat kali ketiga di sekolah ketika menghantar anak buahnya, Alif merubah segalanya apabila Adil kini tidak dapat melupakan Thia. Thia yang merupakan guru kepada Alif dilihat begitu istimewa di mata Adil dan beliau nekad untuk memenangi hati Thia.

Pelbagai dugaan dan rintangan mendatang dari saat perkenalan dua hati ini, episod percintaan mereka sehinggalah ke gerbang perkahwinan. Thia dan Adil telah disahkan mengidap barah otak tahap keempat dan diberikan jangka masa enam bulan sebelum ajal datang menjengah.

Hati mana yang tidak luluh terutamanya apabila kedua-duanya mengimpikan perkahwinan terindah hingga ke usia emas.

‘Ya, selamanya saya tercipta hanya untuk awak seorang’…. Sebuah ungkapan yang sangat mendalam, tulus dan kuat. Sekuat cinta Thia dan Adil. Mereka berpegang kepada ungkapan ini, sehinggalah nyawa mereka dijemput Penciptanya.

Novel ‘Tercipta Untukku’ yang diadaptasi daripada telefilem yang bakal disiarkan mulai 6 Julai ini turut telah berada di pasaran sejak dari bulan Oktober 2015. Novel ini boleh didapatkan secara online di laman web Karya Seni atau di kedai-kedai buku berhampiran.

Pada masa yang sama, sebuah lagu tema telah dihasilkan khas untuk ‘Tercipta Untukku’.

Disampaikan oleh penyanyi popular, Hazama, lagu “Sedetik Lara” ini mendapat sentuhan Tam Spider dan lirik ditulis oleh Keon Khirin Omar.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton tayangan eksklusif ‘Tercipta Untukku’ istimewa bersempena dengan hari raya Aidilfitri pada 6 Julai 2016 ini di Astro First Eksklusif, saluran 480.

Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, para penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments