Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Telan Kos Penerbitan RM4 Juta

Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Menelan Kos Penerbitan RM4 Juta
“Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan sebuah filem animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.

Proses penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan proses pembikinan animasi pula dihasilkan oleh Les’ Copaque Production.

Ianya menelan kos penerbitan mencecah RM4 juta mendapat pembiayaan FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI).

Primeworks Distribution adalah pengedar rasmi filem ini selain mendapat sokongan penuh dari Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC), yang sentiasa menginginkan animasi sebagai penanda aras baru dalam lanskap teknologi.





Filem ini merupakan filem animasi pertama arahan pengarah terkenal Erma Fatima yang bergandingan bersama Hajjah Ainon Ariff, yang merupakan Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque Production.

“Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” menampilkan Asyiela Putri, pemilik suara asal watak utama Upin & Ipin, Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis, penyanyi rock tersohor Awie, Sara Ali, Gambit serta Remy Ishak sebagai barisan pelakon.

Filem ini mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan dengan menggunakan teknik penerapan teknologi komputer grafik yang menggabungkan watak animasi dan watak manusia.

Peminat-peminat Upin & Ipin bakal menyaksikan buat pertama kalinya watak kembar kesayangan mereka muncul secara nyata dan berinteraksi dengan karakter manusia.

Teaser filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” ini boleh ditonton di Youtube Les’ Copaque Production dan telah mencecah lebih 2 juta penonton setakat ini.

Filem terbaru siri animasi popular Upin & Ipin yang diterbitkan secara usahasama antara Les Copaque Productions dan KRU Studios ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia dan Indonesia pada November 2016 nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments