Watak Jebat #BukanKeranaAkuTakCinta Ke Layar Perak

Watak Jebat #‘BukanKeranaAkuTakCinta Ke Layar Perak
Drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ yang bersiaran menerusi saluran Mustika HD dan Bella pada tahun 2013, pernah mencipta fenomenanya tersendiri.

Malah, drama 60 episod ini turut meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati penonton kerana jalan cerita dan lakonan mantap kesemua pelakon yang terlibat.

Penamat yang membahagiakan dalam drama siri itu bukan sahaja dirasai oleh watak Jebat dan Mastura, tetapi hampir semua peminat drama ini.




Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Kembali Bergandingan Dalam Filem JEBAT

Watak Jebat Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Ke Layar PerakBuat penonton yang merindui Jebat dan Mastura,

Kini khas buat anda, Bukan Kerana Aku Tak Cinta diangkat ke layar perak menerusi tajuk JEBAT.

Istimewanya, filem ini masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Gandingan serasi itu turut dibantu dengan barisan pelakon lain seperti Peter Davis (bintang Mixed Martial Art (MMA)), Carmen Soo, Sangeeta Krishnasamy, Idris Khan, Louisa Chong, Yap Chin Fong dan Rahhim Omar.

Sementara itu, filem yang diterbitkan oleh Astro dan produksi Pena Creative Pictures ini merupakan sentuhan filem pertama oleh pengarah Jamal Khan.

Manakala skrip pula oleh Nik Naemah Najad Nik Mahir.

Sinopsis Filem Jebat

Kisah JEBAT bermula apabila pasangan Jebat dan Mastura menghabiskan masa bersama di luar negara sempena hadiah berbulan madu mereka. Tetapi, baru beberapa hari mereka berada di sana, beberapa kejadian yang tidak disangka telah berlaku dan membuatkan Jebat mula risau dan yakin ada sesuatu yang tidak kena.

Jebat terpaksa menipu dan membuat helah untuk segera pulang ke Malaysia atas alasan kecemasan keluarga. Mastura mula curiga, tetapi tetap akur dengan kehendak suami.

Sebaik tiba di Malaysia, Jebat menuju ke tempat pakciknya yang merupakan sarang gangster yang telah lama dia tinggalkan. Jebat mendapat tahu ada seseorang ingin membunuhnya tetapi mengapa?

Adakah Jebat akan kembali ke dunia gangster lamanya? Mampukah Jebat terus menyimpan rahsia tentang dirinya dari Mastura?

Filem ini sedang menjalani pengambaran sekitar Raub, Pahang, Taiping, Perak, Jelebu dan Negeri Sembilan. Ianya akan ditayangkan pada tahun 2017.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments