Astro Bella Jom Kurus Kembali!

Astro Bella Jom Kurus Kembali! Peserta Berpeluang Alami Transformasi Diri Dalam Tempoh 60 Hari

Bella Jom Kurus Logo new V4

Setelah berjaya merubah kehidupan 12 orang wanita tahun lalu, program realiti pengurusan berat badan, Astro Bella Jom Kurus kembali lagi dengan cabaran yang pastinya lebih hebat!

Tahun ini, tempoh latihan dan program digandakan kepada 60 hari agar para peserta dapat menimba lebih ilmu di samping mengalami transformasi diri dengan lebih berkesan lagi.

Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari dijangka menemui penonton Astro Bella Oktober ini, hanya di saluran 133 (Astro Bella) dan tayangan serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD, saluran 134.

Tahun lalu, peserta dari Johor, Yana telah muncul juara musim pertama rancangan ini apabila beliau berjaya menghilangkan 12 kg dalam tempoh 30 hari.




Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari

Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ merupakan sebuah program realiti 8 episod yang mengetengahkan gaya hidup sihat dan bakal menyaksikan para peserta menyahut cabaran untuk mengurangkan berat badan dalam masa 60 hari disamping diberi pendedahan akan kepentingan kesihatan dan kecergasan.

Selepas mendapat sambutan menggalakkan di samping penerimaan baik penonton Astro terutamanya kaum wanita, kini Astro Bella membawa rancangan ini sekali lagi ke kaca televisyen bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menyertainya dan memperoleh manfaat daripada program tersebut.

Program ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ bermatlamat untuk mendidik dan memberi motivasi kepada para peserta akan kepentingan menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Ia turut menyahut seruan Fit Malaysia, sebuah kempen yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan pada tahun lalu dan diterajui oleh Menterinya, YB Khairy Jamaluddin bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Kevin Zahri yang dikenali sebagai ‘Cikgu Fitness Malaysia akan bertindak sebagai pengacara untuk program ini dan bakal bergandingan dengan seorang selebriti wanita popular yang akan diumumkan kelak bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bersama.

3 orang jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan kecergasan seperti pemakanan, latihan fizikal dan senaman akan turut membantu Kevin dalam Astro Bella Jom Kurus.

Program ini terbuka kepada wanita yang berumur 18-45 tahun, sihat tubuh badan dan mempunyai BMI melebihi 25. Peserta hanya perlu memuat naik video berdurasi 1 minit di laman Instagram menunjukkan mereka sedang menjalankan aktiviti kecergasan dan secara ringkas nyatakan mengapa mereka harus dipilih untuk menyertai pertandingan ini dan tag Astro Gempak beserta #astrobellajomkurus.

Pemilihan awal peserta akan bermula pada 1 Ogos hingga 21 Ogos 2016 ini.

Program ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ ini dijangka akan menyenarai pendek 25 orang peserta yang menepati syarat-syarat penyertaan dan mereka diperlukan untuk melalui sesi Boot Camp bersama Kevin Zahri dan selebriti rahsia itu.

Hanya 12 orang peserta sahaja akan dipilih untuk menyertai program realiti ini berdasarkan personaliti, ketahanan fizikal dan mental serta bacaan BMI mereka.

Pelbagai cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka bakal menanti para peserta Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 hari. Apa yang pasti, cabaran yang lebih mencabar bakal disajikan buat para peserta tahun ini!

Pemenang ABJK akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa RM 30,000.00, sebuah trofi beserta hadiah-hadiah menarik yang lain. Wang tunai RM 5,000 pula bakal menanti pemenang Anugerah Pilihan Penonton.

‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ dijangka akan menemui para penonton Oktober ini di saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di saluran Mustika HD (134). Untuk maklumat lanjut, layari www.astrogempak.com.my/astrobella.

Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini di media sosial dengan #astrobellajomkurus #cabaran60hari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments