Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus

Dukun Doktor Dani
Astro Shaw selaku penerbit bersama produksi Balang Rimbun bakal menampilkan sebuah filem terbaru berjudul DUKUN DOKTOR DANI yang akan menemui para penonton di layar perak pada 28 Julai 2016 ini.

Filem ini telah diarahkan oleh pengarah berkaliber, Sabri Yunus dan nukilan skirp juga oleh Sabri Yunus.

Kemunculan filem bergenre drama / komedi ini menggabungkan barisan pelakon berbakat besar dan popular seperti Taufik Batisah, Fasha Sandha, Amerul Affendi, Arwah Yus Edoo, Raysha Risroze, Sabri Yunus, Khatijah Tan dan ramai lagi.





Penyanyi terkenal dari negara Singapura, Taufik Batisah yang selama ini dikenali menerusi lagu-lagu popularnya, tampil buat julung kali di Malaysia dengan menggalas watak utama sebagai Dani.

Padat dengan lakonan mantap, filem ini turut mengangkat lagu berjudul ‘Harus Begitu’ yang didendangkan oleh Taufik Batisah sebagai lagu tema utama Dukun Doktor Dani.

Sinopsis Filem Dukun Doktor Dani

Dukun Doktor Dani

Doktor Dani seorang doktor muda. Beliau baru sahaja dapat kerja di sebuah hospital selepas tamat pengajian. Dia sangat teruja apabila mendapat melakukan pembedahan pertamanya.

Tapi malangnya pembedahannya gagal dan pesakit meninggal dunia. Dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak mahu lagi menjadi seorang doktor. Baginya dia “tak mahu jadi pembunuh” dan letak jawatan.

Doktor Dani pulang ke kampung halamnya. Mak Siti, ibunya amat kecewa dengan pilihan Dani kerana dia telah menghabiskan hartanya demi pembelajaran Dani.
Dukun Doktor Dani
Sementara itu, pada satu hari Dani ke rumah Dukun Sudin. Dia melihat kerja-kerja Dukun Sudin tak terurus. Dani juga sedar kaedah perdukunan yang digunakan tiada dalam keilmuannya. Kemudian mereka berbincang untuk bekerjasama.

Akhirnya, Dani berniaga barang-barang yang boleh digunakan oleh pesakit yang ingin dirawat oleh Dukun Sudin di depan rumah Dukun Sudin. Ajaibnya khidmat perniagaan Dukun Sudin semakin meningkat.





Keadaan mula berubah apabila Dukun Sudin tiba-tiba meninggal dunia. Dani terpaksa mengambil alih kerja Dukun. Mak Cik Siti jatuh sakit. Sebagai doktor, Dani tahu sakit maknya. Dia tidak akan menggunakan cara dukun. Dia membawa maknya ke Kuala Lumpur.

Selepas pemeriksaan doktor. Nyatalah mak Dani juga kena sakit yang memerlukan pembedahan. Mak Siti ingin anaknya untuk melakukan pembedahan. Dani berperang denga dilemma ini. Akhirnya dia setuju dan melakukan pembedahan kepada Mak Siti. Berjayakan Dani menyelamatkan maknya?
Dukun Doktor Dani
Babak arwah Yus Edoo yang pasti mencuit hati anda.

Selepas Dukun Doktor Dani, Astro Shaw bakal muncul dengan sebuah filem bergenre aksi supernatural iaitu “Aliff Dalam 7 Dimensi” yang menampilkan Izzue Islam, Juliana Evans dan Alif Satar sebagai teraju utama.

Filem ini bakal memulakan tayangan 8 September 2016. Antara filem terbaru yang bakal memulakan sesi penggambaran adalah Tombiruo.

Untuk maklumat lanjut, serta info dan gambar eksklusif di balik tabir filem ini, sila layari www.facebook.com/AstroShaw atau follow @AstroShaw di Twitter dan Instagram rasmi kami.Pengguna laman sosial boleh menggunakan ‘hash tag’ (#DukunDoktorDani).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments