Rumah Terbuka JoHaRa Rai 40 Tetamu Istimewa

Rumah Terbuka JoHaRa
JoHaRa Pagi ERA telah menganjurkan siaran luar Rumah Terbuka JoHaRa sama seperti tahun –tahun lalu.

Pada hari tersebut, JoHaRa telah meraikan 40 tetamu istimewa dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama-sama mereka.

Rumah Terbuka JoHaRa yang dianjurkan secara sederhana ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim bersama para artis, tetamu istimewa dan juga pihak media dalam meraikan Aidilfitri.

Bertempat di Suka Sucre Cafe, acara turut dimeriahkan lagi dengan barisan artis tempatan yang semestinya akan menceriakan suasana , antaranya Siti Nurdiana, Forteen, Syamel AF, Sufi AF , Wani Kyrie, Achey, dan ramai lagi!
Achey di Rumah Terbuka JoHaRa





Wanie Kayrie dan Syamel AF
Setiap tahun stesen kami cuba mencari kelainan dengan mengadakan aktiviti yang rapat di jiwa pendengar. Syawal tahun ini, kami memilih untuk menganjurkan Rumah Terbuka JoHaRa bersama anak-anak istimewa yang seharusnya kita raikan.

Harapan kami, agar acara sebegini dapat diteruskan supaya ikatan silaturahim keluarga ERA fm bersama para artis, masyarakat setempat menjadi lebih rapat.” – Pengurusan Kanan Kandungan ERA fm, Nazri Noran.

Anak-anak yatim yang diraikan sempena Rumah Terbuka JoHaRa
Antara tetamu yang diraikan sempena Rumah Terbuka JoHaRa.

Pengemudi JoHaRa, Johan, Haniff dan Ray pastinya membuatkan tetamu yang hadir tidak kering gusi menyaksikan telatah mereka yang lucu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments