Siri Jelajah Suria FM Bermula di Kelantan

Siri Jelajah Suria FM Bermula di Kelantan
Berita baik buat mereka yang berada di Pantai Timur!

Temui barisan artis seperti Tomok, Syamel, Sufian Suhaimi, Hazami serta penyampai-penyampai Suria FM di siri jelajah yang dinamakan ‘Suria FM Tour’ pada 30 Julai ini di AEON Mall Kota Bahru, Kelantan.

Suria FM Tour ini turut membuka ruang kepada pendengar-pendengar setia untuk mendekati dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai Suria FM dan artis-artis popular di samping berhibur dengan pelbagai aktiviti dan persembahan pentas yang disediakan.





Malah, pada siri jelajah di Kelantan ini, Suria FM akan melancarkan Suria Wheels Pantai Timur dengan kerjasama daripada Tati Skincare yang akan mempromosikan Suria FM kepada penduduk-penduduk di sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Siri Jelajah Suria FM Bermula di Kelantan

Sebagai permulaan ‘Suria FM Tour’ akan ke pantai timur tanah air bermula di Kelantan pada 30 Julai ini dan seterusnya akan menemui pendengar di Shah Alam pada 6 Ogos, Kedah pada 13 Ogos, Putrajaya pada 20 Ogos dan Johor pada 27 Ogos akan datang.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, pendengar boleh melayari laman sesawang Suria FM di www.suriafm.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SuriaFMTour untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments