Barisan Pelajar Akademi Fantasia 2016

Pihak Astro Ria dan produksi AF telah mengumumkan barisan 14 orang pelajar terpilih serta pengacara yang bakal terlibat dengan program Akademi Fantasia 2016.

Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, pihak produksi Astro bakal membuat kejutan yang mana juara pertandingan JoHaRockStar anjuran radio rasmi AF2016 iaitu ERA fm akan diserap masuk ke dalam program AF2016 bagi menyertai pelajar-pelajar lain.

Pihak produksi akan mengumumkan keputusan rasmi tentang pelajar yang bakal diserap masuk ini sewaktu konsert mingguan AF2016 yang ketiga kelak.




Barisan Pelajar Akademi Fantasia 2016

Barisan Pelajar Akademi Fantasia 2016
14 orang pelajar AF2016 telah dikenal pasti menerusi sesi saringan pemilihan yang teliti adalah terdiri daripada tujuh orang pelajar lelaki iaitu

  1. AMAL; [Mohamad Ammal Shafiq Osman, 21, Pulau Pinang]
  2. AMIR; [Amir Syazwan Masdi, 20, Selangor]
  3. IKRAM; [Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Kuala Lumpur]
  4. ZAROL; [Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Johor]
  5. RAIS; [Azarul Rais Mansor, 22, Selangor]
  6. HALMY; [Halmy Hamizan, 23, Kuala Lumpur] ISA; [Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23, Selangor].

Manakala tujuh orang lagi ialah pelajar perempuan iaitu

  1. AFI; [Nur Hafizah Longkip @ Thomas, 23, Sabah]
  2. ARA; [Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Negeri Sembilan]
  3. RAHILA; [Nurul Rahila Rashun, 20, Singapura]
  4. RIANA; [Isyariana Che Azmi, 26, Pahang]
  5. JASPER; [Jasper James Supayah, 23, Johor]
  6. ASHA; [Siti Aishah Abdul Razak, 20, Melaka]
  7. RESHMA; [Kareshma Martin John Patrick, 18, Selangor].

Juara AF2016 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian.

Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM20,000 dan trofi. Manakala pemenang tempat ketiga, keempat dan kelima pula masing-masing akan memenangi wang tunai RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah sampingan.

Rangkaian program AF2016 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di akademi dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF2016 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 malam bermula pada 15 Ogos 2016.

Manakala Konsert Mingguan AF2016 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 Ogos 2015.

Untuk maklumat lanjut mengenai AF2016, sila layari www.af.com.my atau ikuti akaun rasmi media sosial kami di Instagram (AkademiFantasia), Facebook (AkademiFantasia) dan Twitter (@AkademiFantasia).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments