Janji Palsu Single Terbaru Ary Hadre Klangit

Setelah membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan Klangit, Ary Hadre kini bersedia mempertaruhkan single solo pertamanya yang berjudul ‘Janji Palsu’.

Lagu ciptaan sepenuhnya dari Adi Priyo (Sixth Sense) ini mempunyai kelainan dan memperdengarkan kematangan suara Ary.
Janji Palsu Ary Hadre Klangit
Ary yakin ‘Janji Palsu’ dapat diterima pendengar terutamanya peminat-peminat kumpulan Klangit dan bakal menjadi sebuah lagu pilihan pendengar di radio-radio tempatan.

Untuk makluman, kumpulan Klangit pernah menerima anugerah platinum atas kejayaan mereka mencatat penjualan nada dering tertinggi menerusi lagu Sesal Mendua oleh Sony Music.





‘Janji Palsu’ mengisahkan tentang pasangan yang tidak berlaku jujur dalam perhubungan dan seringkali memberikan janji palsu hingga akhirnya percintaan mereka kecundang.

Menurut Ary, dia amat teruja untuk melihat reaksi dan respon daripada peminat tentang single sulungnya ini. Malah, katanya genre ini dianggap releven dijadikan single pertama kerana kekuatan susunan muzik disamping kematangan vokalnya tersendiri.

Taruhan terbaru Ary ini telah menemui peminat pada 22hb Julai 2016 dan dapat menandingi lagu ‘Sesal Mendua’.

‘Janji Palsu’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Dengarkan taruhan baharu Ary Hadre, ‘Janji Palsu’ hari ini di saluran radio tempatan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments