Lawak Solo – Mencari Pelawak Tunggal Terunggul di Malaysia

Lawak Solo - Mencari Pelawak Tunggal Terunggul
Saluran komedi nombor satu Malaysia, Astro Warna memperkenalkan sebuah lagi program realiti baharu yang bakal menggeletek penonton di rumah.

Lawak Solo bakal mencari pelapis pelawak solo tanahair yang boleh mencuit hati peminat dunia komedi negara menerusi lawak bersahaja yang dilakukan bersendirian.

Lawak Solo dijadualkan bersiaran setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai Oktober ini secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (Saluran 134).





Para peserta Lawak Solo bakal diuji dengan pelbagai cabaran komedi bertemakan stand-up, muzikal dan sebagainya.

Menggunakan khidmat penjurian professional sebanyak 70 % dan juga undian penonton sebanyak 30 %, peserta dengan jumlah markah terendah setiap minggu akan disingkirkan. Juri tetap Lawak Solo akan diumumkan tidak lama lagi dan apa yang pasti, dua nama besar dunia komedi negara bakal menggalas tanggungjawab ini.
Nabil Ahmad, Douglas Lim dan Ebby Yus
Kesemua peserta lawak Solo akan mendapat bimbingan tiga ikon komedi yang sudah tidak asing lagi iaitu Nabil Ahmad, Douglas Lim dan Ebby Yus. Ketiga-tiga tenaga pengajar ini akan juga turun padang menjadi juri ujibakat dan mengenal pasti siapa yang berpotensi diketengahkan menjadi pelawak terunggul tanahair yang seterusnya!





Ujibakat Lawak Solo secara atas talian atau online telah pun bermula hari ini, 2 Ogos 2016. Para penonton yang mahu mencuba nasib dikehendaki memuat naik video mereka di laman Instagram di mana mereka perlu mempersembahkan sketsa lawak masing-masing ataupun stand-up comedy mereka yang berdurasi 1 minit selain menyertakan hashtag #lawaksolo dan tag akaun Instagram @zonlawak.

Peserta yang berpotensi bakal mendapat laluan pantas ke sesi ujibakat yang akan diadakan di 4 buah negeri yang berbeza di seluruh tanahair.
Lawak Solo – Mencari Pelawak Tunggal Terunggul
30 peserta yang disenarai pendek akan ke Kuala Lumpur bagi mengikuti latihan boot camp Lawak Solo, di mana hanya 10 peserta terbaik akan mara ke pusingan seterusnya dan layak bertanding merebut kejuaraan sulung Lawak Solo. Ujibakat Lawak Solo terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira lelaki mahupun perempuan yang berusia 18 hingga 45 tahun.

Juara Lawak Solo akan menerima wang tunai sebanyak RM 80,000.00 berserta trofi. Naib juara dan tempat ketiga pula akan membawa pulang RM 40,000.00 dan RM 20,000.00 berserta trofi. Pemenang tempat keempat juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM 10,000.00 turut menanti.

Datanglah beramai-ramai ke ujibakat Lawak Solo dan jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Lawak Solo pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai Oktober ini secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD ( Saluran 134).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments