Nadi – Projek Terbaharu Amirul Jafril

Amirul Jafril, bukanlah seorang jejaka yang memulakan langkah di dalam industri muzik Malaysia dengan harapan bulan jatuh ke riba tanpa usaha, namun kerana dedikasi dan minatnya yang mendalam pada bidang muzik, beliau mampu memperkenalkan nama dan bakatnya ke mata dunia.

Beliau sentiasa percayakan kata hatinya, semangat dan kemampuan dirinya untuk teruskan langkahnya sebagai seorang penggiat seni tanah air.
Amirul Jafril - Nadi




Projek Terbaharu Amirul Jafril (NADI)

Selepas kejayaan single Rayanya, ‘Sinar Aidilfitri’, Amirul akan melancarkan single terbaharunya yang bertajuk ‘Nadi’.

Dengan inspirasi yang diilhamkan dari karya-karya Beyonce dan John Legend, Nadi adalah lagu genre Pop R&B diiringi bunyian opera dan unsur ‘tribal’ yang merupakan sesuatu yang segar bagi industri muzik Malaysia,

Dicipta oleh Amirul sendiri bersama 2 lagi komposer dan penulis, Lynnzay Affandy (L’Zzay) dan Herman Hermono (Indonesia), Nadi mengupas tentang perasaan cinta yang tidak berbelah bagi serta pengorbanan yang melambangkan kasih yang utuh.

Walaupun Nadi dirakamkan pada tahun 2012-2013, Amirul memutuskan untuk menunggu waktu yang sesuai untuk melancarkan lagu ini memandangkan beliau sedang dalam proses penyembuhan kanser yang tiba-tiba datang sebagai dugaan yang besar dalam hidup Amirul pada awal tahun tersebut.

Dengan semangat baharu yang semakin membara, Amirul Jafril kini bersedia untuk menyemarakkan semula langkahnya dalam industri muzik tempatan, bersama JoePRC International sebagai pihak pengurusan yang menjadi tulang belakang dan panduan utama bagi jejaka kelahiran Pulau Pinang ini melebarkan sayapnya dan mencapai visinya.

‘Nadi’ akan dilancarkan dengan rasminya, secara digital pada 26 Ogos 2016 ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments