Sinar 40 Gandingkan Linda Onn dan Hefny Sahad

Sinar 40 Gandingkan Linda Onn dan Hefny Sahad
Bermula 6 Ogos 2016, Sinar FM memperkenalkan segmen hujung minggu baharunya iaitu segmen Sinar 40 yang menggandingkan dua selebriti popular tanahair iaitu Linda Onn dan Hefny Sahad.





Kami mengalu-alukan kehadiran gandingan baru Linda Onn and Hefny Sahad ke Sinar FM. Kami juga percaya, kehadiran mereka berdua bersama keluarga Sinar FM bakal memberi sebuah sinaran baru dalam industri penyiaran radio.

Pendengar kini boleh dengarkan Sinar 40 yang akan ke udara setiap Sabtu jam 8 pagi dan ulangannya pada hari Ahad jam 8 malam, di mana pendengar akan dihiburkan dengan 40 lagu-lagu mengusik jiwa yang mengembalikan memori-memori lalu.” – Pengurus Kandungan Sinar FM, Shidah Khasim.

Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai program-program yang dianjurkan oleh pihak Sinar FM boleh lah ikuti laman sosial Sinar FM di Instagram, Facebook, Twitter dan layari laman web Sinar FM www.sinar.fm , serta dengarkan frekuensi Sinar FM mengikut frekuensi lokasi anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments