Zizan Razak Pengacara AF2016

Zizan Razak Pengacara AF2016
Akademi Fantasia 2016 sekali lagi memberi kepercayaan kepada Zizan Razak untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengacara Konsert Mingguan.

Manakala pengacara program hlive! iaitu Dahlia Shazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal pula dilantik sebagai Pengacara Diari dan akan mengendalikan program ini secara bergilir-gilir.





Saya mewakili pihak Astro ingin mengucapkan selamat kembali kepada Zizan Razak yang sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengemudikan pentas AF selaku pengacara konsert.

Bagi merancakkan lagi penerbitan musim ini, AF2016 bakal membuat kejutan yang mana pasangan pengacara yang bakal menemani Zizan untuk konsert mingguan hanya akan diumumkan sewaktu konsert di minggu yang pertama kelak.

Kami juga amat mengalu-alukan kehadiran pengacara hlive! Iaitu Dahlia, Hazeman dan CK Faizal buat pertama kali ke dalam keluarga AF2016 untuk memeriahkan musim ini selaku pengacara diari.” – Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad

Barisan Pelajar Akademi Fantasia 2016
Pada majlis tersebut turut diperkenalkan barisan 14 orang pelajar Akademi Fantasia 2016.

Rangkaian program AF2016 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di akademi dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF2016 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 malam bermula pada 15 Ogos 2016.

Manakala Konsert Mingguan AF2016 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 Ogos 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments