13 Selebriti Kongsi Selera di Kampung Halaman

13 Selebriti Popular Berkongsi Selera di Kampung Halaman Dalam “Taste Selebriti” Bawa Penonton Terokai Tempat-Tempat Makan Menarik di Seluruh Malaysia.

13 Selebriti Kongsi Selera di Kampung Halaman

Astro Bella membawakan sebuah lagi program menarik untuk tontonan penonton di rumah menerusi “Taste Selebriti”.

Program berkonsepkan food-travelogue ini menampilkan 13 selebriti popular tahah air yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berkongsi makanan tradisi, makanan unik serta juadah yang terkenal di negeri mereka.

Akan mula bersiaran di Astro Bella, saluran 133 dan Astro Mustika HD, saluran 134 mulai 26 September ini, setiap Isnin, jam 9.00 malam, Taste Selebriti menjanjikan pengembaraan makanan menarik yang pastinya membuatkan penonton teruja terutamanya apabila melihat gelagat para selebriti menikmati juadah-juadah istimewa ini.





Antara selebriti yang akan muncul dalam program 13 episod ini adalah :-

  • Neelofa (Kelantan),
  • Kamal Adli (Pahang),
  • Ayu Raudhah (Kedah),
  • Izreen Azminda (Perlis),
  • Syatilla Melvin (Pulau Pinang),
  • Zizan Razak (Terengganu),
  • Mawi (Johor),
  • Aril (Melaka),
  • Sari Yanti (Negeri Sembilan),
  • Fattah Amin (Selangor),
  • Marsha Milan Londoh (Sabah),
  • Hafiz Suip (Sarawak)
  • Raja Ilya (Perak)

Setiap episod akan memaparkan tiga ke empat jenis hidangan menarik di samping tips-tips mengenai tempat-tempat makan hebat di sekitar negeri kelahiran selebriti ini sendiri.

Selebriti tersebut akan turut bertindak sebagai hos untuk mengemudi episod yang didedikasikan khas buat mereka ini.

Jangan lupa saksikan episod pertama Taste Selebriti di mana pelakon popular, Fattah Amin akan membuka tirai dengan episod yang menampilkan makanan tradisi negeri Selangor mulai 26 September 2016, setiap Isnin, jam 9.00 malam di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments