Astro Arena HD di Saluran 802 Mulai 1 September 2016

Sepanjang enam tahun bersiaran sejak 26 Mac 2010, pelbagai kejayaan dan sejarah yang telah ditempa oleh Astro Arena dengan membawakan liputan menyeluruh dalam kejohanan-kejohanan tempatan, serantau dan antarabangsa dan terbaru, temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Rio 2016 yang turut disiarkan di dalam saluran definisi tinggi (HD)

Liputan langsung selama 15 jam sehari sepanjang Olimpik, Rio 2016 adalah kejayaan terbesar direkodkan Astro Arena apabila berjaya mencatatkan rekod jumlah tertinggi tontonan seramai 6.5 juta penonton ketika perlawanan badminton separuh akhir perseorangan lelaki negara dan perlawanan akhir beregu lelaki negara.
Astro Arena HD




Astro Arena HD di Saluran 802 Mulai 1 September 2016

Rentetan daripada kejayaan ini, Astro dengan bangganya melancarkan secara terus Astro Arena HD di saluran 802 bermula 1 September ini.

Menurut Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, para peminat sukan kini boleh menikmati pengalaman tontonan dalam resolusi tinggi selain wadah terbaik untuk mendapatkan informasi terkini mengenai sukan tempatan dan antarabangsa di Astro Arena.

Selepas kejayaan liputan di Rio 2016, kini sudah tiba masanya untuk peminat sukan tanahair terus menikmati kualiti penyiaran yang terbaik dalam liputan kejohanan tempatan dan antarabangsa terutama pada temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun hadapan.

Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi dari awal sehingga kini.”
Mirnawan Nawawi dan Bazly Azmy menyampaikan laporan ketika Piala Sultan Azlan Shah 2016





Sementara itu penyampai Astro Arena yang juga bekas pemain hoki negara, Mirnawan Nawawi dan Sharon Wee, bekas pemain Skuasy negara turut melahirkan rasa teruja dengan pelancaran Astro Arena HD.

Menurut Mirnawan, Astro Arena sentiasa melangkah ke hadapan dengan kewujudan Astro Arena HD dan kini peminat sukan negara dapat menyaksikan dengan lebih dekat dan merasai debaran serta pengalaman luar biasa aksi sukan dalam resolusi tinggi.

Bagi Sharon, ini adalah satu pengiftirafan kepada usaha dan komitmen Astro Arena dalam membawakan yang terbaik kepada peminat sukan negara. Selain itu, ini juga adalah penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong Astro Arena.

Astro Arena sejak 2010 sehingga kini telah memaparkan lebih daripada 16,000 jam liputan sukan tempatan dan antarabangsa secara langsung serta berita sukan (Nadi Arena) dan program majalah TV.

Astro Arena, Nadi Sukan Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments