Astro Bella Jom Kurus Musim Kedua

Astro Bella Jom Kurus Musim Kedua
Program realiti pengurusan berat badan, ‘Astro Bella Jom Kurus’ kembali lagi dengan cabaran yang pastinya lebih hebat!

Tahun ini, tempoh latihan dan program digandakan kepada 60 hari agar para peserta dapat menimba lebih ilmu di samping mengalami transformasi diri dengan lebih berkesan lagi.

‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ dijangka menemui penonton pada setiap Jumaat mulai 7 Oktober 2016 jam 9malam, hanya di saluran 133 (Astro Bella) dan tayangan serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD, saluran 134.

Tahun lalu, peserta dari Johor, Yana, telah muncul sebagai juara musim pertama rancangan ini apabila beliau berjaya mengurangkan 12 kg dalam tempoh 30 hari.

Tentunya, edisi kali ini menjanjikan perubahan yang lebih drastik dengan tempoh transformasi berganda yang pastinya membuatkan penonton di rumah teruja!

Kevin Zahri yang dikenali sebagai ‘Cikgu Fitness Malaysia sekali lagi kembali memegang tanggungjawab sebagai pengacara untuk program ini dan beliau bakal digandingkan bersama dengan pengacara wanita popular, Jihan Muse yang akan menggalas peranan sebagai pengacara bersama.

Tiga orang jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan kecergasan seperti pemakanan, latihan fizikal dan senaman akan turut membantu Kevin dalam Astro Bella Jom Kurus.

Mereka ini adalah Nana Al Haleq, seorang model kecergasan bebas dan pakar penurunan lemak badan, perunding pemakanan dan nutrisi, Coach Shahril, seorang pakar pengurusan berat badan dan perunding motivasi dan Coach Faiz, seorang jurulatih kecergasan dan pakar pengurusan berat badan.

Juara ABJK akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa RM 30,000.00, sebuah trofi beserta hadiah-hadiah menarik yang lain.

Wang tunai RM 5,000.00 pula bakal menanti pemenang Anugerah Pilihan Penonton.

Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari bakal bersiaran di saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di saluran Astro Mustika HD (134) pada setiap hari Jumaat mulai 7 Oktober 2016 ini jam 9.00 malam.

Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini di media sosial dengan #astrobellajomkurus #cabaran60hari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments