‘Extreme Roadtrip’ Tunaikan Bucket List 3 Selebriti

‘Extreme Roadtrip’ Tunaikan Bucket List  3 Selebriti
Astro Bella kembali dengan sebuah program travelogue terbaru, Extreme Roadtrip yang menggabungkan konsep road trip dan bucket list!

Program yang menampilkan 3 selebriti wanita popular ini bakal menyaksikan Sherry Al Hadad, Elfira Loy dan Ardell Aryana menyempurnakan bucket list mereka dalam melakukan pelbagai aktivit ekstrem dan mencabar di seluruh negara.

Daripada menjalankan aktiviti selaman skuba di Terengganu, pengembaraan ATV, sehinggalah bertarung dengan angin sewaktu menyempurnakan aksi paragliding di Jugra; semua ini dapat dilihat dalam program ‘Extreme Roadtrip’.

Bukan itu sahaja, mereka bertiga akan membawa penonton menelusuri keindahan bandar-bandar kecil yang jarang dijelajahi di Malaysia.





Mendapat sentuhan pengarah terkenal Nizam Zakaria, ‘Extreme Roadtrip’ bakal bersiaran selama 13 episod. ‘Extreme Roadtrip’ bakal membawa penonton menjelajah ke tempat-tempat menarik di Malaysia bersama tiga selebriti, yang punyai personaliti berbeza.

Antara negeri yang menerima kunjungan ‘Extreme Roadtrip’ adalah Pahang, Perak, Johor, Selangor, Kelantan, Terengganu dan juga Negeri Sembilan dengan aktiviti-aktiviti seperti paragliding, cliff jumping, paramotor, scuba diving dan banyak lagi menanti penonton di rumah.

Saksikan bagaimana kesukaran yang dialami Sherry Al-Hadad sewaktu memasuki Gua Anak Tempurung bagi mengatasi klaustrofobianya, Ardell mengatasi akrofobianya apabila menyempurnakan terjunan setinggi 20 kaki di Pulau Redang, dan bagaimana Elfira Loy mengatasi ketakutannya terhadap ikan atau lebih dikenali sebagai ‘Ichthyophobia’ sewaktu melakukan ‘scuba diving’. Memang ekstrem! Setiap episod memaparkanl lokasi berbeza dengan paparan menarik berkaitan makanan tempatan, tarikan tersendiri di sesuatu tempat serta aktiviti mencabar.

‘Extreme Roadtrip’ bakal bersiaran di saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di saluran Astro Mustika HD (134) pada setiap hari Sabtu mulai 1 Oktober 2016 ini jam 7.00 petang.

‘Extreme Roadtrip’ turut mendapat tajaan Honda di sebagai kenderaan rasmi di sepanjang pengambaran ini dilakukan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.astrogempak.com.my/astrobella.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments