Konsert ERA Rock Sarawak 2016 Gegar Bumi Kenyalang

Konsert ERA Rock Sarawak 2016
Kehadiran artis-artis rock popular tanahair di pentas Konsert ERA Rock Sarawak (KERS) ternyata menggegarkan bumi kenyalang Sabtu lalu bertempat di Padang Merdeka, Kuching Sarawak.

Konsert ERA Rock Sarawak (KERS) yang bermula jam 8 malam dan tamat pada lewat malam menampilkan barisan artis rock popular tanahair yang sangat hebat seperti Hyper Act, Akim & The Majistret, Projector Band, Kristal , Mus May dan Sonar Instinct.





Para penyampai ERA fm Sarawak Osha, Syazz, Fir, Afick dan Chopie menjadi tunjang utama KERS, di mana mereka memain peranan sebagai pengacara majlis pada malam itu. Pembukaan KERS menyaksikan persembahan mereka sendiri yang menyanyikan lagu tema KERS 2016 berjudul, Rock ERA.

Kehadiran para penyampai ini turut menjadikan pentas rock pada malam tersebut lebih meriah dengan persembahan bertenaga mereka. Seterusnya, seluruh bandar Kuching digegarkan dengan kehadiran kumpulan-kumpulan rock negara dengan persembahan yang penuh bertenaga.

Konsert ERA Rock Sarawak 2016

Konsert ERA Rock Sarawak 2016

Ternyata, peminat muzik Sarawak sememangnya dahagakan acar-acara hiburan sebegini. Setiap kali anjuran konsert anjuran ERA fm, mereka sentiasa menyokong dan membanjiri lokasi acara.

Konsert ERA Rock Sarawak ini di anjurkan oleh ERA fm Sarawak dan diserlahkan oleh Emeron.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments