Kool FM – Faizal Ismail, Fara Fauzana & AG Bergabung

Kool FM - Faizal Ismail, Fara Fauzana & AG Bergabung
Pasti anda terindu suara serta celoteh nakal bekas penyampai Hot FM iaitu Faizal Ismail (FBI) dan Fara Fauzana bakal disambut oleh stesen radio Kool FM pada Selasa ini.

Kembali bergabung bersama AG, mereka berdua akan mengembalikan nostalgia 3 tahun dahulu sewaktu bertugas di konti Hot FM atas nama Hot FM AM Krew.

Kali ini bersiaran secara langsung melalui segmen Pagi Hari di Kool FM (PHD Kool FM), ternyata usaha ini sebenarnya tidak semudah yang dijangkakan.





Ketiga-tiga mereka dibatasi dengan jadual yang padat namun kerana Kool FM selalu memikirkan pengisian yang mempunyai eleman kejutan dan segar, maka pengisian ini direalisasikan buat seluruh pendengar radio secara amnya dan Kool FM, khususnya.

Kehadiran trio ini di Kool FM turut membuka sejarah mereka yang bermula 10 tahun lalu di Hot FM yang mensasarkan pendengar di bawah umur 35 tahun manakala melalui Kool FM yang sasaran pendengar menjangkau 40 tahun akan membuktikan sisi kematangan dan kedewasaan mereka.

Kerinduan pendengar setia ketiga-tiga mereka pasti akan terubat dengan usikan nakal antara satu sama lain pada Selasa, 27 September 2016 seawal jam 7.00 pagi.

Untuk rekod, Faizal Ismail meninggalkan Hot FM pada Oktober 2013 manakala Fara Fauzana pada Februari 2016 demi memfokuskan kerjaya peribadi dalam bidang pengacaraan, produksi serta aktiviti kemasyarakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments