Negaraku – Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir

Negaraku - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir
Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2016, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir akan melancarkan sebuah lagu yang diinspirasikan oleh lagu patriotik yang dinamakan “Negaraku”.

“Negaraku” telah digubah oleh Ezra Kong, Mike Chan dan Faizal Tahir dari Faithful Music dan ditulis oleh artis-artis yang mendendangkan lagu tersebut.

Intipati lirik lagu yang agak pedas mengenai nasib golongan pertengahan di Malaysia yang sedang dalam kepayahan mengharungi kehidupan harian yang inginkan masa depan yang lebih baik sebagai satu negara.






Setiap artis yang terlibat telah menempa nama mereka dalam genre mereka sendiri, dan diharap dengan kerjasama dan kolberasi mereka ini akan menarik perhatian setiap peringkat umur dan minat di seluruh negara.

Dipasarkan oleh Sony Music Entertainment (Malaysia), “Negaraku” boleh didapati di semua saluran digital mulai 26 Ogos 2016.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments