Album Anatomi Faizal Tahir Dilancarkan #anatomiFT

Album Anatomi Faizal Tahir Dilancarkan
Setelah 3 tahun bertapa tanpa album, kini Faizal Tahir yang terkenal dengan persembahan pentas yang sangat bertenaga, unik dan penuh dengan gimik kini kembali dengan sebuah album yang amat dinanti-nantikan.

Album yang diberi nama ‘Anatomi’ ini bakal berada di pasaran dan juga di kesemua platform digital bermula 4 November 2016 ini.

Bersempena dengan pelancaran album yang gah ini, buat julung kalinya, Faizal Tahir akan menjejakkan kakinya ke 3 buah negeri dalam masa 3 hari untuk bertemu dengan peminat-peminat beliau dan ditempat berikut juga peminat Faizal akan dapat membeli album eksklusif ini.





Anatomi akan dilancarkan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

  • 4 November 2016 di Pintu Utama, Angsana Johor Bahru Mall
  • 5 November 2016 di Pintu Utama, Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah
  • 6 November 2016 di Pintu West Garden, West Entrance, iOi City Mall Putrajaya

Jadi, kepada rakyat Malaysia tunggu apa lagi, jom hadirkan diri anda dan meriahkan lagi suasana dengan persembahan oleh Faithman kita – Faizal Tahir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments