Pencetus Ummah Kembali Untuk Musim Ke-4

Pencetus Ummah Musim Ke-4
Program realiti Islamik yang telah berjaya mencetuskan fenomenanya tersendiri di Malaysia, Pencetus Ummah kini kembali menemui peminat mulai 27 Oktober 2016 (Khamis) jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (saluran 135).

Pencetus Ummah musim ini menampilkan tema ‘Penyatuan’ bagi memberi peluang kepada para peserta program berusaha menggunakan pelbagai platfom yang ada untuk membawa mesej Islam dalam dakwah untuk menyatukan umat Islam di mana sahaja mereka berada.





Memasuki musim keempat pada tahun ini, program yang bakal bersiaran secara langsung selama tujuh minggu ini akan menampilkan sedikit kelainan dari segi format rancangan bagi meningkatkan kualiti persembahan serta keberkesanan penyampaian para peserta untuk disajikan kepada para penonton.

Juara Pencetus Ummah musim keempat bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100,000.00 dan sebuah trofi.

Manakala pemenang tempat kedua, akan membawa pulang wang tunai RM 30,000 berserta trofi dan tempat ketiga dan keempat masing-masing akan meraih wang tunai RM 20,000 dan RM 10,000.00 berserta trofi setiap seorang.

Jangan lupa saksikan ‘Mimbar Pencetus Ummah 2016’ yang membawa nafas baru dalam dunia dakwah ini secara langsung mulai 27 Oktober 2015 (Khamis), jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (saluran 135).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments