Sazzy Falak Teraju Kempen #Malu?TakMalu!

Sazzy Falak telah dipilih sebagai duta jenama Orchid
Sazzy Falak yang merupakan pelakon, penyampai televisyen, wanita bekerjaya yang lantang bersuara dan pencetus trend telah dipilih untuk meneraju Kempen #Malu?TakMalu! yang dianjurkan oleh Orchid.

Menerusi kempen #Malu?TakMalu!, Orchid menggalakkan golongan wanita muda untuk #BeYourself! melalui produk pembersih khusus wanita yang menggabungkan herba-herba tradisional terbaik bersama formulasi pH seimbang bagi bahagian intim yang terbukti secara dermatologi.

Kebersihan bahagian intim adalah subjek yang jarang dibincangkan oleh golongan remaja dan wanita secara terbuka disebabkan oleh didikan, budaya, adat resam serta isu keyakinan diri.

Sazzy Falak telah dipilih sebagai duta jenama Orchid digambarkan sebagai golongan wanita Malaysia yang moden, dinamik, pintar, berkeupayaan dan mampu memainkan pelbagai peranan.





Sekaligus, merupakan ikon yang sesuai untuk menerajui kempen yang memperkasakan wanita ini.

Menurut Sazzy Falak,

Beliau amat jelas dengan isu-isu keyakinan diri yang dihadapi oleh golongan gadis. Terutamanya apabila menyentuh tentang soal kebersihan bahagian intim.

Selaku seorang penyokong kepada hak golongan wanita, saya berbesar hati kerana boleh berkongsi serta memberi panduan kepada para gadis tentang cara menerokai isu-isu peribadi dan yakin untuk menyerlah sebagai diri yang seadanya.

Sekiranya ada di antara mereka yang berasa malu, saya ingin menegaskan bahawa ianya tidak mengapa untuk jadi ‘Tak Malu!’ dalam situasi ini

Kempen #Malu?TakMalu!

Kempen #Malu?TakMalu! akan melibatkan siri jelajah ke universiti dan kolej di seluruh negara untuk menggalakkan perbincangan tentang isu kebersihan bahagian intim, kesihatan dan kesejahteraan hidup wanita.

Kempen ini bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita supaya berasa lebih bersemangat dengan kewanitaan mereka. Bukannya malu untuk menyatakan kebimbangan yang mungkin boleh menyebabkan mereka berasa kurang keyakinan diri.

Sazzy Falak akan berada di setiap siri jelajah untuk menjadi pemudah cara dan moderator dalam perbincangan yang jujur berkaitan kesihatan yang mereka mungkin malu untuk diutarakan.

Kempen #Malu?TakMalu! diaktifkan secara langsung dan dilaksanakan menerusi peraduan media sosial yang bertema #BeYourself.

Ia merangkumi pencarian seramai tiga orang gadis yang akan menyertai Sazzy dalam sebuah filem pendek yang memperincikan lagi perbincangan tentang aspek kebersihan bahagian intim wanita. Filem pendek tersebut akan dihasilkan dengan kerjasama pihak Metrowealth International Group (MIG).

Hadiah peraduan ialah wang tunai berjumlah RM6,000 dan produk Orchid, termasuk peluang untuk membintangi filem pendek bersama Sazzy Falak untuk juara pertandingan.

Produk Pembersih Khusus Wanita Orchid
Produk Pembersih Khusus Wanita Orchid





Produk pembersih khusus wanita Orchid dengan Aktif Pencerah Kulit mengandungi bahan-bahan tradisional yang menyegar dan membersih seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih.

Bahan-bahan ini menyahbau, mencerah dan memelihara kulit agar lembut. Sekali gus menyediakan satu penyelesaian yang seimbang untuk apa jua jenis kulit. Formula yang lembut telah direka untuk meningkatkan aspek kebersihan, keselesaan dan seimbang dari segi keintimannya.

Pada masa sama membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh perubahan pH pada bahagian intim secara semula jadi.

Pembersih khusus wanita Orchid hadir dalam tiga varian iaitu Intim, Romantis dan Anggun.

Romantis, Intim dan Anggun. Botol dengan rekaan feminin berkapasiti 210ml itu ditawarkan pada harga runcit RM4.75 setiap satu dan sudah boleh didapati di seluruh negara.

Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang kempen #Malu?TakMalu! dan peraduan #BeYourself Orchid, sila layari laman web: https://www.facebook.com/NewOrchidBrand/.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments