7 Peserta Pencetus Ummah Kongsi Kisah Kehidupan

7 Peserta Pencetus Ummah Kongsi Kisah Kehidupan
Pentas Mimbar Pencetus Ummah minggu lalu telah menyaksikan seorang peserta yang berasal dari Kedah iaitu PU Latif terpaksa menamatkan perjuangannya di dalam Pencetus Ummah musim keempat ini.

PU Latif telah menyampaikan dakwahnya pada minggu lalu bertemakan ‘Halallan Toyyiban’ dan beliau telah mengajak umat Islam agar sentiasa menjaga silaturrahim dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan.

Namun, rezeki tidak menyebelahinya pada malam itu dan beliau terpaksa berentap di ‘Medan Fikrah’ bersama PU Riz yang juga berada di kedudukan dua terendah di penghujung pentas mimbar minggu lalu.




Minggu ini pula, para peserta yang berbaki tujuh orang akan menggalas tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah bertemakan “Satu Kisah Kehidupan” di mana mereka perlu menyampaikan dakwah dengan menyelitkan kisah-kisah yang berkaitan dengan kehidupan seharian mahupun kisah kehidupan mereka sendiri.

Selain itu pakar motivasi dan penceramah terkenal iaitu Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah turut diundang sebagai juri jemputan di mimbar Pencetus Ummah pada hari Khamis ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments