8 Penggiat Seni Terima Dana Krishen Jit Bernilai RM 33,000

8 Penggiat Seni Terima Dana Krishen Jit
Astro dengan kerjasama Five Arts Centre telah menganugerahkan sebanyak 6 geran yang bernilai RM 33,000 kepada lapan(8) penggiat seni Malaysia melalui Krishen Jit – Dana Astro, sebagai sebahagian daripada komitmen Astro bagi menyokong seni landskap Malaysia.

Diilhamkan oleh legenda penggiat teater Allahyarham Dato’ Krishen Jit, sejumlah RM 329,000 telah diberikan kepada penggiat seni tempatan sejak penubuhan dana tersebut.




Sebanyak 6 geran telah dianugerahkan kepada para penggiant seni tempatan seperti, Harold Reagan Eswar, Muhammad Zikri, Fasyali Fadzly, Sunitha Janamohanan dan Janet Pillai, Liew Kung Yu dan Koe Gaik Cheng, dan juga Manesh Nesaratnam.

Tabung Dana Astro – Krishen Jit ini digunakan untuk pelbagai jenis latihan termasuklah khusus latihan, latihan amali, produksi eksperimen, penulisan, atau mewujudkan persekiraran baharu dalam bidang muzik, tarian, teater, penulisan, kraf, seni visual atau prestasi yang membantu penerima geran untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang kesenian.

Inisiatif ini berhasrat untuk mengekalkan semangat kreatif Krishen Jit yang hidupnya bersuluhkan kesenian terutamanya kepada generasi kini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments