De’Meises & Shiha Zikir – Jangan Bilang Siapa Siapa

De’Meises &  Shiha Zikir - Jangan Bilang Siapa Siapa
De’Meises mengorak satu langkah ke hadapan dengan berkolaborasi bersama artis Malaysia iaitu Shiha Zikir.

Gadis kecil molek ini, yang popular menerusi lagu ‘Seperti Novel Cinta’, telah dipilih oleh kumpulan De’Meises untuk duet di dalam single terbaru mereka.

De’Meises yang telah menerima Anugerah Platinum Berkembar pada November tahun lalu di atas jualan digital melebihi 1.8 juta unit kini telah tampil dengan single terbaru ‘Jangan Bilang Siapa Siapa’.

Sesebuah lagu amat bermakna jika ianya memberi seribu satu kesan yang mendalam bagi pendengarnya dan ini yang ditampilkan di dalam single tersebut.

De’Meises juga ingin menonjolkan keistimewaan bagi kumpulan mereka dari sudut pembawakan lagu melalui melodi indah dengan penghasilan lirik yang akan terkesan bagi setiap orang yang menghayatinya.





Lagu ‘Jangan Bilang Siapa Siapa’ ini mengisahkan tentang dua pasangan kekasih dimana mereka sudah tidak lagi mencintai antara satu sama lain tetapi tidak ingin melukai hati pasangan masing-masing.

Justeru, mereka merahsiakan kisah percintaan tersebut kerana itulah yang terbaik. Walaupun, jiwa dan raga meronta untuk mencintai satu sama lain namun mereka harus akur dengan realiti bahawa mereka tidak akan bersama dan hanya mampu memendam perasaan lantas mengambil keputusan untuk tidak memberitahu sesiapa pun.

Lirik puitis dan romantis serta susunan muzik berentak ‘pop ballad’ ini menjadi pemikat utama kumpulan De’Meises dan mampu membuatkan para pendengar menginginan sesuatu yang lebih daripada band tersebut.

Single ketiga mereka ini telah diterima oleh peminat-peminat bagi keda-dua artis dengan amat menggalakkan.

Kini, teristimewa untuk semua peminat setia De’Meises dan Shiha, nantikan, muzik video ‘Jangan Bilang Siapa Siapa’ arahan Kinanti Rona di mana Shiha diterbangkan khas ke Jakarta bagi penggambaran muzik video tersebut dan mengambil masa hanya 1 hari sahaja yang bertempat di sebuah Café Fenomenal Bekasi, Jakarta.

Semoga dengan hadirnya kumpulan De’Meises dan Shiha dalam arena muzik nusantara, mereka akan terus berkembang pesat di Indonesia mahupun di Malaysia.

Lagu ‘Jangan Bilang Siapa Siapa’ oleh De’Meises dan Shiha boleh didapati di semua platform digital keluaran bersama Warner Music (M) Sdn Bhd dan WakeTheBaby. Semoga lagu ini akan menepati citarasa pendengar dan penggemar muzik sejagat.

Lirik Jangan Bilang Siapa Siapa – De’Meises & Shiha Zikir

Kalau saja kamu tak memulai
Memberi isyarat cinta
Mana mungkin ku berniat
Sejauh itu bercinta denganmu

Kau pun tahu aku tak sendiri
Begitu pula denganmu
Semua terlanjur terjadi
Dan memang sulit kita hindari

Korus:
Jangan bilang siapa-siapa, cukup hanya kita saja
Yang tahu segalanya tentang kita berdua
Bagaimana seterusnya, berlanjutkah atau tidak
Terserah padamu, semua terserah kamu,
Semua terserah kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments