Memang Mudah – Altimet, Sasi The Don & Maya Hanum

Memang Mudah - Altimet, Sasi The Don & Maya Hanum
Mudah.my Sdn. Bhd. telah menghasilkan satu video muzik yang menampilkan artis tempatan seperti Altimet, Sasi The Don dan penyanyi baharu sensasi, Maya Hanum sempena ulang tahun mereka yang ke-9.

Mudah.my sememangnya sentiasa mencari cara pendekatan yang unik supaya dapat dekat dengan pelanggan-pelanggannya. Apatah lagi Altimet sendiri sebagai penyanyi rap dan pencipta lagu sudah lama menjadi pengguna setia Mudah.my





Ulang Tahun Ke-9 Mudah.my Bersama Altimet
Lagu Altimet, ‘Memang Mudah’ menggalakkan pemuzik baru supaya mengambil langkah mula dalam merealisasikan impian mereka. Dalam industri muzik, perjalanan profesional seseorang bermula dengan memiliki instrumen muzik betul yang membolehkan mereka mengasah bakat sendiri.

Mudah.my ialah medium terbaik yang membolehkan anda membeli instrumen muzik terpakai berkualiti, dan pada masa sama berkenalan dengan mereka yang berkongsi minat sama. Mudah.my membantu merealisasikan impian anda,” – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mudah.my, En. Gaurav Bhasin.

Pengalaman Altimet sebagai salah seorang pengguna Mudah.my sejak sekian lama membuatkan mesej dan lirik lagu yang dihasilkan kedengaran lebih jujur.

Kami juga bekerjasama bersama Pengarah Kreatif dan penyanyi-penulis lirik, Sasi The Don, bagi menghasilkan lirik untuk lagu yang turut memaparkan Maya Hanum. Sebagai seorang penyanyi semakin menonjol menggegarkan industri muzik Malaysia, dia adalah contoh terbaik untuk para pendengar lagu ini.

Ulang Tahun ke-9 Mudah.my bersama Altimet

Memang Mudah – Altimet, Sasi The Don & Maya Hanum

Chorus: Maya Hanum
Verse: Altimet
English Bridge: Sasi The Don

Memang Mudah memang memang Mudah

[Chorus]
Kita Mulakan dengan bermula
Itu langkah pertama
Jatuh bangun semula
Memang Mudah memang memang Mudah
Kita mulakan dengan bermula
Itu langkah pertama
Kehadapan arahnya
Memang Mudah memang memang Mudah

[Verse 1]
Tumpang tanya saya ada cita
Menggunung tinggi kawan kata saya gila
Boleh bagi tahu saya bagaimana
Cara mahu mulakan apa langkah pertama
Siapa ada boleh pinjamkan cetak biru
Pelan induk ke puncak yang saya boleh tiru
Bukan apa saya budak baru
Idamkan yang hati mahu cuma caranya tak tahu
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Sayalah budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

[Repeat Chorus]

[Verse 2]
Kejap, jangan terburu buru
Saya pun macam tu bila mula dulu dulu
Rancang sampai akhir jangan bertindak melulu
Kalau boleh cari kawan sehati sebulu
Lepas itu bergerak macam satu
Cari alat yang perlu dengan apa di dalam saku
Yang penting pasang cekal dalam hati
Lepas rangkak boleh jalan lepas jalan kamu lari
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Saya dah tunjukkan jalan
Lepas ni tolong bantu orang baru yang taktahu

[Bridge (English Verse)]
I told the youths and I told them to listen
Everything comes around for a reason
Come on get there and make your decision
Every Easy thing is in the system
You take control of the navigation
You are the captain of the situation
You make your search and you have your solution
Remember me youth there is no excuses

[Verse 3]
Terima kasih atas tunjuk cara
Peta ke puncak nantikan saya diatas sana
Lauk tumpah ke nasi rezeki tak ke mana
Kalau ada peluang nanti kita berkerjasama
Petik jari papan kunci menari
Bukan ikan dicari bila talian dilayari
Iya sudah, semuanya santai tak susah
Jika anda perlu tahu semuanya di Mudah
Memang Mudah memang memang Mudah

[Repeat Chorus]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments