Mimbar Pencetus Ummah 2016 Minggu Separuh Akhir

Mimbar Pencetus Ummah 2016 Minggu Separuh Akhir
Pentas suku akhir Mimbar Pencetus Ummah yang telah berlangsung pada Khamis lalu telah menyaksikan kesemua enam peserta Pencetus Ummah telah terselamat dari disingkirkan sekaligus melayakkan diri mereka untuk berentap di peringkat separuh akhir pentas Mimbar Pencetus Ummah Khamis ini.

Minggu lalu juga keenam peserta telah mempersembahkan dakwah mereka dengan tema “Dakwah International” dan antara peserta yang dikatakan berjaya menyahut cabaran itu dengan baik adalah PU Akram.





Manakala dua peserta yang berada di dua kedudukan terendah di saat akhir dan terpaksa berentap di Medan Fikrah adalah PU Faris & PU Raihan.

Minggu separuh akhir yang akan berlangsung Khamis ini pula akan mencabar peserta untuk menyampaikan dakwah mereka dengan tema “Cetusan Fikrah”.

Dapatkah mereka menyahut tugasan baharu yang diberikan ini dan peserta manakah yang layak untuk ke pentas akhir dan merebut gelaran juara Pencetus Ummah musim keempat?

Semuanya akan terjawab Khamis ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments