Tema Sejarah Cabar Peserta Lawak Solo

Sejarah Cabar Peserta Lawak Solo
Semakin mendapat sambutan hangat di hati penonton, program pencarian bakat komedi iaitu ‘Lawak Solo’ yang telah tiba di minggu kelima minggu lalu terpaksa menyingkirkan seorang lagi peserta yang dilihat mempunyai bakat dan masa depan yang cerah di dalam dunia komedi iaitu Nor Hisyabudin Bin Bahar atau nama pentasnya Dinn (Dengerous).

Minggu lalu juga turut menyaksikan para peserta telah berentap untuk menggeletek hati penonton dan juri dengan tema “Muzik Komedi” dan antara peserta yang dikatakan paling menyerlah dan telah berjaya mengagumkan pihak juri dengan pengisian komedinya adalah peserta yang bernama Danial.

Beliau telah berjaya membuat penonton terhibur dengan lawaknya di mana beliau telah memparodikan lagu ‘Garua’ dari filem Bollywood terkenal, Dilwale.





Pada minggu kelima Jumaat ini pula, kesemua tujuh orang peserta yang masih kekal dalam Lawak Solo telah diberi cabaran untuk berjenaka dengan tema “Sejarah”.

Dapatkah kesemua peserta menyahut cabaran baharu ini dengan jayanya dan peserta manakah yang dapat mengubah persepsi mesyarakat terhadap subjek yang dikatakan kurang menyeronokkan ini kepada sesuatu yang mengujakan? Jom sama-sama kita saksikan.

Selain itu juga, antara salebriti yang akan hadir bagi menghangatkan lagi malam Lawak Solo Jumaat ini adalah penyanyi dan pelakon jelita Farahdhiya yang mana beliau akan menduduki kerusi panas juri jemputan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments