Separuh Akhir Lawak Solo Taruh 2 Tema Berbeza

Separuh Akhir Lawak Solo Taruh 2 Tema Berbeza
Jumaat lalu telah berlangsungnya minggu suku akhir program pencarian bakat komedi solo terbaru di saluran Astro Warna iaitu “Lawak Solo” yang mana di penghujung rancangan telah menyaksikan perjuangan seorang lagi peserta telah terhenti dari bergelar juara sulung Lawak Solo.

Pelajar ijazah kedoktoran dari Kuala Lumpur, Aaron Aw atau nama penuhnya Aaron Aw Teik Hong telah tersingkir di saat akhir sekaligus melayakkan enam lagi peserta lain untuk mara ke peringkat separuh akhir program Lawak Solo.





Pada minggu separuh akhir Jumaat ini, kesemua peserta diberi cabaran untuk berjenaka dengan dua tema yang berbeza. Tema pertama adalah “Makanan” manakala tema kedua adalah “Sukan”.

Dapatkah keenam-enam peserta yang terdiri daripada Danial, Mad Sabah, Ag Hafiz, Wan Gegau, Fikry, dan Nizam ini menyahut cabaran untuk menggeletek hati penonton dengan dua tema yang berbeza? Sama-sama kita saksikan Jumaat ini.

Selain itu, antara selebriti popular yang akan hadir bagi menghangatkan lagi malam separuh akhir Lawak Solo minggu ini adalah pelakon jelita Lisa Surihani di mana beliau akan ditugaskan untuk menduduki kerusi juri jemputan bagi malam itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments