Single Pertama Elizad Sharifuddin – Haiyaya

Single Pertama Elizad Sharifuddin - Haiyaya
Elizad Sharifuddin, atau nama sebenar beliau Siti Elizad Mohd Sharifuddin kini muncul dengan single pertama beliau berjudul Haiyaya.

Beliau mula dikenali dari program Gempak Superstar, di mana beliau muncul sebagai juara pada awal tahun 2016 kini merupakan artis dibawah naungan Paranormal Records Sdn Bhd.

Sebelum ini, beliau memulakan kerjaya seni lakonannya sejak tahun 2004 dalam filem Berlari Ke Langit. Namun jauh disudut hatinya, menjadi hasrat beliau dari kecil untuk menyanyi & mengeluarkan lagu sendiri.




Kisah lagu Haiyaya serba sedikit ada mengisahkan tentang perjalanan seni Elizad di mana di dalam lirik lagu ini, ada menyatakan bahawa tidak salah untuk seseorang bermimpi untuk mengejar impian mereka dan ini selaras dengan perjalanan Elizad yang menjadi pelakon dan pada masa yang sama minat menyanyi.

Berkat usaha keras beliau, mimpi beliau itu kini menjadi realiti.

Lagu Haiyaya bertujuan untuk menginspirasikan orang ramai supaya terus mengejar impian mereka & tidak berputus asa walaupun sebesar mana rintangan.

Paranormal Records Sdn Bhd, merupakan Label Rakaman & syarikat Pengurusan Bakat yang masih baru namun tidak lagi asing di Malaysia. Paranormal kini turut menguruskan artist lain seperti Elizabeth Tan, Ayda Jebat & Daiyan Trisha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments