Tayangan Serentak Filem #66 di Malaysia & Indonesia

Tayangan Serentak Filem #66 di Malaysia & Indonesia
Filem #66 terbitan Creative Motion Pictures bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 November ini serentak dengan di Indonesia.

Filem bergenre aksi ini merupakan arahan sutradara Asun Mawardi.

Diantara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Asun Mawardi, Donita, Yayu AW Unru, Franki Darmawan, Erwin ST Bagindo, Ali Syehan,Fandy Christian, Djaitov Tigor, Hendra Louis, Joshua D Pandelaki dan Ricardo Silenzie.




Sinopsis Filem #66

#66 (Asun Mawardi) merupakan seorang pembunuh bayaran yang ditugaskan membunuh seorang yang merupakan pengintip polis bagi melindungi sebuah organisasi penjenayah, tetapi Ia kabur dengan wang upahan lalu ke luar kota, tanpa menyelesaikan tugasnya kerana beliau ingin meninggalkan kehidupan jenayahnya.

#66 memutuskan untuk kembali ke rumahnya, tapi kepulangan dia tidak diterima oleh keluarga kerana selama ini dia menghilang tanpa ada khabar berita dan membuat keluarganya kecewa. Dan #66 memutuskan bekerja sebagai pemandu dan pengawal pribadi kepada gadis cantik bernama Fara (Donita) yang merupakan anak kepada ketua organisasi jenayah.

Berniat ingin keluar dari masa lalunya, kini #66 terperangkap lagi di dunia jenayah. Semakin dia mengetahui tentang keluarga Fara, semakin terbukti bahawa mereka bekerja dengan penjenayah dan adiknya Ari (Ricardo Silenzie) menjadi pengedar dadah.

Mereka berdua terjerumus semakin jauh kerana ditugaskan menghancurkan sarang dadah dan membunuh pihak musuh.

#66 berusaha untuk membersihkan dengan masa lalunya, kegagalannya, dan mengeratkan kembali hubungan dengan ayah dan adiknya.

Kini #66 berhadapan dengan pilihan, sama ada untuk kekal setia dengan pekerjaannya atau melindungi keluarganya.

Tayangan Serentak Filem #66 di Malaysia & Indonesia

Filem karya Asun Mawardi ini walaupun belum ditayangkan, tetapi telah membawa pulang penghargaan Platinum Remi Award dari Worldfest Houston untuk kategori Theatrical Features Film Awards.

Bukan itu sahaja,

Ia juga telah memenangi anugerah sewaktu International Filmmaker Festival of World Cinema London 2016 untuk kategori Best Supporting Actress in a Foreign Language Film dan Best Sound Design.

Filem #66 produksi Creative Motion Pictures ini mula ditayang serentak di Malaysia & Indonesia bermula pada 17 November 2016.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments