Astro Tampilkan Drama Bersiri ‘Supersains’

Astro Tampilkan Drama Bersiri 'Supersains'
‘Supersains’ yang merupakan drama bersiri sains harian pertama di Malaysia bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Sabtu mulai 10 Disember 2016 pada jam 11.30 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135).

Ia juga boleh dinikmati di platform Astro on the Go (AOTG) dan Astro On Demand.

Pelawak, pelakon dan penyampai radio Sinar FM yang cukup dikenali ramai; Shuib Sepahtu, ditampilkan sebagai seorang saintis; Profesor A dari masa hadapan (tahun 2040) yang terkandas di tahun kini (tahun 2016) akibat dari insiden alat merentas masa yang tidak berfungsi.





Beliau yang terkandas di sebuah kampung kemudiannya ditemui oleh lima orang kanak-kanak sepermainan; Afiq lakonan Muhd Shahidan Abdullah (seorang yang ‘street smart’, sukakan cabaran dan dianggap sebagai ketua kumpulan dan abang kepada yang lain), Emma lakonan Nur Damia Azhar (menggemari subjek sains, ulat buku dan merekodkan setiap pengalaman beliau dalam Vlog peribadinya), Bedul yang dilakonkan Mohd Airil Azimi (seorang yang suka menyakat dan kelam kabut), See Mee Soon lakonan Lew Jia Bao (memiliki karekter yang ceria, peramah dan sukakan aktiviti silap mata) dan Devi lakonan Kashika Selvam yang sebelum ini begitu dikenali menerusi program Astro Ceria Popstar.

Kashika diberi peranan sebagai seorang kanak-kanak perempuan yang berwatak seperti seorang Puteri kerana gemarkan kecantikan, suka ‘selfie’ dan setia dengan gajet-gajet terkini.

Pada masa yang sama, lima sekawan ini sentiasa dipantau oleh bapa saudara Bedul; Adam yang mana watak tersebut dilakonkan oleh penyanyi popular, Mark Adam. Adam merupakan seorang yang sangat cool dan gemar menyanyi kepada bunga dan tumbuh-tumbuhan.

Kehadiran Profesor A di kampung itu tidak disenangi para penduduk kerana pada mulanya mereka menyangkakan Profesor A merupakan makhluk asing yang hadir dalam fizikal seorang manusia dan mempunyai niat jahat untuk menakluki Bumi.

Namun Profesor A tidak dapat untuk berdepan dengan mereka untuk memberitahu hal sebenar kerana risau ia akan mengubah sejarah masa. Profesor A terpaksa terus mendiamkan diri dengan pelbagai dugaan serta cubaan dari penduduk untuk mengusirnya keluar dari kampung.

Namun begitu, kelima-lima orang kanak-kanak ini pula mencuba sedaya upaya mereka untuk melindungi Profesor A dari diganggu penduduk dan pada masa yang sama turut membantu Profesor A membaiki alat merentas masa beliau yang telah rosak akibat dari insiden terhempas sebelum ini.

Pelbagai aksi-aksi mendebarkan dan melucukan ditampilkan di sepanjang pengembaraan kanak-kanak ini yang mana pada masa yang sama mereka turut berpeluang mempelajari dan menerokai alam sains menerusi Profesor A dan dari mencuba sendiri kerana keinginan mencuba dan ingin tahu dalam diri mereka.

Adakah misi Profesor A untuk kembali ke tahun 2040 boleh menjadi kenyataan, atau adakah beliau akan terus kekal di tahun 2016 sehingga terpaksa melupakan keluarga dan kehidupannya dari masa hadapan? Sama-sama kita saksikan kelak

Jangan lupa saksikan drama bersiri sains harian pertama di Malaysia, ‘Supersains’ secara eksklusif pada setiap hari Sabtu mulai 10 Disember 2016 pada jam 11.30 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135).

Ia juga boleh dinikmati di platform Astro on the Go (AOTG) dan Astro On Demand. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai ‘Supersains’, layari www.astro.com.my/sainstviq dan Saluran Youtube Astro TVIQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments