Berebut Gelaran Juara Lawak Solo

Berebut Gelaran Juara Lawak Solo Musim Pertama
Minggu separuh akhir Lawak Solo yang telah berlangsung pada Jumaat lalu telah menyaksikan dua peserta telah disingkirkan.

Peserta yang berasal dari Melaka, Wan Gegau dan seorang Arkitek, Nizam telah berada di dua kedudukan terendah di akhir pentas Lawak Solo separuh akhir minggu lalu.

Antara peserta yang dilihat paling menyerlah dan merupakan saingan sengit kepada peserta lain adalah peserta yang berasal dari Pulau Pinang iaitu Danial.





Beliau yang tidak pernah gagal mencuit hati penonton dengan jenakanya merupakan antara peserta yang menjadi kegemaran penonton pada pentas Lawak Solo Jumaat lalu.

Pada pentas akhir Lawak Solo yang akan berlangsung Jumaat ini pula, kesemua empat finalis telah diberi tugasan untuk berkomedi dengan dua tema yang berbeza. Tema pertama adalah “Bebas” dan kedua adalah “Hiburan”.

Empat finalis yang akan berentap di pentas akhir adalah Danial, Mad Sabah, Ag Hafiz, dan Fikry.

Selain itu juga, primadona tanah air, Erra Fazira juga bakal hadir bagi menghangatkan lagi pentas akhir Lawak Solo tahun ini dan beliau akan menggalas tanggungjawab sebagai pengkritik jemputan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments