Grand Finale 3 Juara Cabar Juara Antara Juara

Grand Finale 3 Juara
Konsert Separuh Akhir 2, 3 Juara pada malam Ahad lepas telah diakhiri dengan satu pengumuman menggemparkan.

Pengacara 3 Juara, Mira Filzah telah mengumumkan bahawa rancangan realiti 3 Juara yang sepatutnya berakhir pada 8 Januari, akan dilanjutkan satu lagi episode yang dinamakan Grand Finale 3 Juara pada 15 Januari 2017.

Oleh itu, rancangan realiti yang mencari tiga orang juara itu, tidak lagi akan berakhir sedemikian, kerana di akhir episod Grand Finale 3 Juara, tiga orang akan berentap buat kali terakhir demi merebut gelaran Juara Antara Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Para penonton boleh mengundi peserta kegemaran mereka secara atas talian di laman web www.tv3.com.my/3juara/undian ketika peserta kegemaran mereka membuat persembahan secara langsung.





Grand Finale 3 Juara

Grand Finale 3 Juara

Program 3 Juara ini merupakan sebuah program realiti nyanyian yang mempertaruhkan tiga kategori (genre) muzik iaitu Rock, Balada, dan Irama Malaysia. Setiap kategori itu diwakili oleh seorang produser ternama tanah air, Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hasim (Rock), dan Ajai (Balada).

Tujuan utama rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis kategori-kategori yang dipertandingkan serta mengangkat martabat kategori-kategori kegemaran rakyat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Grand Finale 3 Juara





Grand Finale 3 Juara

3 Juara ditaja bersama oleh Ribena dan diterajui oleh penerbit eksekutif, Muhamad Sufian Che Isa ini turut memperkenalkan tiga ikon sebagai juri tetap iaitu Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada).

Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3 Juara setiap hari Ahad, pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/3juara dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments