hitz fm Morning Crew Kini Berwajah Baru

hitz fm Morning Crew 2017
hitz fm kini memperkenalkan barisan pengemudi baharu untuk segmen Sarapan Pagi hitz Morning Crew bersama J, Arnold dan RD.

Rancangan Sarapan Pagi hitz fm Morning Crew, turut menampilkan beberapa program menarik termasuklah seperti Dirty Pop, Mind Trap, Repost Of The Day dan masih meneruskan salah satu kandungan yang diminati ramai iaitu gotcha calls. J, akan sentiasa mengemaskini pelbagai kandungan dari Hollywood paling hangat di segmen ‘Dirty Pop’.

Untuk program ‘Mind Trap’ pula, penyampai akan memilih perkataan dan pemanggil dikehendaki untuk tidak bercakap lebih dari 3 perkataan dalam masa seminit untuk memenangi hadiah berberntuk wang tunai.

Seterusnya, untuk program ‘Repost Of The Day’, penyampai akan berkongsi satu topik dan cerita di media sosial untuk menarik perhatian pendengar setia mereka.





Pengemudi Rancangan Sarapan Pagi hitz fm Morning Crew akan memulakan pengembaraan mereka ke seluruh Malaysia bermula tahun depan bagi memenuhi permintaan para pendengar.

Trio baharu hitz Morning Crew akan udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 6 hingga 10 pagi bermula 19 Disember 2016. Untuk maklumat lanjut mengenai hitz fm, sila layari laman sesawang hitz fm di Instagram, Facebook, Twitter dan laman web www.hitz.fm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments