Muzik Video ‘Dirgahayu’ – Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza


Dato’ Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir buat pertama kalinya, berkolaborasi menerusi lagu ‘Dirgahayu’ yang merupakan lagu tema bagi drama Lara Aishah yang disiarkan oleh Astro Ria pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat.

Drama terbitan Global Station ini dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Fasha Sandha (Aishah), Jasmin Hamid (Zurin), Nazim Othman (Iskandar), Shah Jaszle (Zack), Dayana Roza (Wani) serta ramai lagi.

Drama 100 episod ini merupakan adaptasi daripada telenovela terkenal Mexico, La Loba pada tahun 2010.





Drama ini, mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan mengenai bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya yang telah hilang.

Zurin telah dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu telah dirancang oleh ibu mentuanya.

cinta-dirgahayu-faizal-tahir-siti-nurhalizaLagu ‘Dirgahayu’ ini mengisahkan sepasang kekasih yang bercinta dimana cinta mereka tidak kesampaian kerana pelbagai dugaan dan cabaran yang harus mereka lalui. Namun, mereka masih berharap agar cinta mereka akan berlanjutan jika jodoh itu milik mereka.

Kini, teristimewa untuk semua peminat setia Faizal Tahir dan Dato’Siti Nurhaliza, mereka dapat menyaksikan muzik video ‘Dirgahayu’ arahan Syahir Ismail dari LOKALAB, dimana muzik video berkonsepkan keagungan cinta yang akan terus mekar tidak ditelan masa.

Penggambaran muzik video ini hanya memakan masa selama 15 jam sahaja dan lokasi penggambaran di KTM Berhad, di mana sebuah bangunan yang mempunyai reka bentuk seni bina Moorish dengan menara tinggi dan gerbang.

Khas buat peminat Faizal Tahir dan Dato’Siti Nurhaliza, lagu ‘Dirgahayu’ keluaran Warner Music (M) Sdn Bhd, ini boleh dimuat turun pada semua digital platform.

Muat turun ‘Dirgahayu’ di Apple Music | Spotify

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments