Nubhan Buat Penjenamaan Semula Juwita Divine

nubhan-penjenamaan-semula-juwita-divine
Bintang Akademi Fantasia keenam (AF6), Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan melancarkan penjenamaan semula produk kosmetik miliknya, Juwita Divine.

Pelancaran itu dilaksanakan oleh Penasihat Keusahawanan & Ikhtisas Wanita kpd YAB Perdana Menteri Malaysia, YB Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersempena dengan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).





Produk istimewa berasaskan rumpai laut itu mempunyai empat jenis barangan iaitu Sexy Foundation Spf 50, Mineral Compact Powder, Pigmentation Serum dan Cleanser Bar.

Juwita Divine dihasilkan sejak dua tahun lalu dan sebagai memberi nafas baru dalam produk ini, saya tampil dengan penjenamaan baharu terutamanya daripada segi kotak packaging.

Juwita Divine dirumus dengan ekstrak rumpai laut, biji anggur dan limau serta vitamin C. Saya mahu ketengahkan kebaikan rumpai laut yang boleh digunakan secara efektif. Paling ketara, apabila produk ini membantu merawat pelbagai masalah kulit penyakit kulit seperti pigmentasi dan jerawat serta penyakit kulit kronik yang lain seperti ekzema,

Nubhan Buat Penjenamaan Semula Juwita Divine

Tambah Nubhan, menerusi pencapaian jualan bagi tahun 2016, ia berjaya meraih sehingga RM1.3 juta.

Ekoran itu, Juwita Divine membuka peluang lebih luas lagi kepada stokis dan agen bagi menjana pendapatan sampingan.

Harga bagi Sexy Foundation Spf 50 ialah RM52, Mineral Compact Powder (RM69), Pigmentation Serum (RM99) manakala Cleanser Bar berharga RM59.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments