Upin & Ipin Menang Anugerah di MNCTV Mom & Kids Awards 2016

Upin & Ipin Menang Anugerah di MNCTV Mom & Kids Awards 2016 Indonesia
Anugerah Mom & Kids Awards 2016 yang dianjurkan oleh MNCTV iaitu salah sebuah syarikat penyiaran terbesar di Indonesia telah menobatkan Upin & Ipin sebagai pemenang bagi Anugerah Watak Kartun Kesayangan.

Upin & Ipin bertanding di dalam kategori yang sama dengan program kartun yang lain seperti Pada Zaman Dahulu, BoBoiBoy, Adit Sorpo Jowo, Sofia The First dan Alvin and the Chipmunks.

Pemenang ditentukan melalui konsep undian SMS yang telah dilakukan bermula seminggu sebelum malam anugerah berlangsung.





Pada malam anugerah tersebut, pelakon suara Upin & Ipin, Asyiela Putri turut membuat persembahan istimewa lagu Boria Suka-Suka dan lagu Gembira Bermain (Lagu Tema Upin & Ipin) bersama penyanyi-penyanyi cilik Indonesia dari program realiti Idol Junior.

Lagu Boria Suka-Suka merupakan salah sebuah lagu yang dipopular dari episod Upin & Ipin dan sangat terkenal di Indonesia.

Ini merupakan tahun ke 2 watak Upin & Ipin menerima pengiktirafan di Mom & Kids Awards dan ini membuktikan populariti Upin & Ipin masih kuat di Indonesia.

Menurut MNCTV, slot siri Upin & Ipin merupakan slot program yang mempunyai ranking tertinggi di MNCTV sehingga mengalahkan slot sinetron.

Siri Upin & Ipin juga merupakan diantara program yang mendapat ranking tertinggi bagi keseluruhan program di rangkaian television Indonesia dan meletakkan MNCTV sebagai stesyen television nombor 1 di Indonesia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments