ERA FM Anjurkan ERA Digital Muzik Awards 2016

ERA fm telah membuat satu pengumuman mengenai sebuah acara muzik yang bakal dilaksanakan oleh mereka pada 18 Januari nanti.

Melalui perkembangan ruang digital dan media sosial yang semakin berkembang, ERA fm telah melancarkan sebuah acara anugerah yang diberi nama ERA Digital Muzik Awards 2016 (#ERADMA2016) yang telah diumumkan oleh Pengurus Rangkaian Astro Radio, Nazri Noran pada sesi Sidang Media lalu.

Yuna Artis Kolaborasi TerbaikBuat julung kalinya, ERA fm menganjurkan sebuah anugerah yang menggunakan sepenuhnya medium digital dan sosial media. Acara ini bakal berlangsung pada 18 Januari 2017 (Rabu) pada jam 9 malam secara langsung melalui Facebook ERA fm.

Anugerah #ERADMA2016 ini memberi peluang kepada Netizen untuk memilih pemenang dalam setiap kategori tanpa penilaian dari pihak juri dan pengundian 100% dilakukan secara digital melalui edma.era.fm serta ruang media sosial ERA fm.

Tujuan #ERADMA2016 diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada anak-anak seni tempatan khasnya yang memulakan bidang nyanyian serta mempamerkan bakat nyanyian mereka dengan menggunakan medium digital dan media sosial supaya dapat mengembangkan lagi bakat dan kerjaya mereka dalam bidang yang diceburi.

Idea tercetusnya untuk anugerah ini adalah kerana jumlah pengguna media sosial di Malaysia yang semakin bertambah serta lambakan bakat baru dalam dunia hiburan dilahirkan melalui medium digital atau media sosial.

Selain penyampaian anugerah, #ERADMA2016 turut mempersebahkan beberapa persembahan daripada artis-artis terkenal negara antaranya Aiman Tino, Amyra Othman dan ramai lagi.

Sebagai permulaan memperkenalkan anugerah yang lebih fokus ke arah digital dan sosial media, sebanyak 5 kategori telah diperkenalkan.

Antaranya adalah seperti Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016 , Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016, Lagu Paling Emo 2016, Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 40 2016, Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 2016 dan satu anugerah tambahan iaitu Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai #ERADMA2016 sila ikuti laman sosial ERA fm (Facebook, Instagram, Twitter) dan layari www.era.fm dan edma.era.fm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments