Harith Iskander Terima Penghargaan Dari Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia

Harith Iskander Terima Penghargaan Kementerian Komunikasi & Multimedia
Harith Iskander terima penghargaan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM100,000 pada malam penghargaan bersempena kemenangannya pada pertandingan Funniest Person in the World di Finland 10 Disember lalu.

Hadiah tersebut disumbangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai menghargai kecemerlangannya mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak turut hadir pada acara itu bagi menyampaikan hadiah tersebut kepada Harith.





Dalam pada itu, Harith dalam ucapannya berkata dia tidak menyangka dengan kejutan tersebut dan menganggap ia sebagai rezeki.

Terdahulu, pelawak yang telah berada dalam industri ini lebih dari 25 tahun itu berjaya mengalahkan 88 pelawak dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan itu.

Kemenangan itu melayakkan Harith membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM444,845).

Sumber : MStar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments