‘Wanita Terakhir’ Single Terbaru Dari Hero Malaya, Fattah Amin

Wanita Terakhir Single Fattah Amin
Sempena meraikan tahun baru, FASTYLE dengan kerjasama Kasi Gegar Entertainment melancarkan single terbaru “Wanita Terakhir” nyanyian hero malaya Fattah Amin.

Single ini adalah hadiah ikhlas dari hati saya untuk semua peminat saya di luar sana, saya cukup terharu dengan sokongan yang amat luar biasa terhadap saya sejak akhir-akhir ini. Semoga anda semua terhibur dengan lagu terbaru saya ini”, ujar Fattah.

Tambah beliau lagi, lagu ini dilancarkan secara digital kerana dapat memberi peluang dan berlaku adil kepada semua peminat beliau di Malaysia dan luar negara.





Saya mendapati selain sokongan padu daripada kelab peminat saya iaitu The FA Team, turut wujud kelab peminat “lofattah” dari seluruh pelusuk dunia, mereka ini mungkin rakyat Malaysia atau orang Melayu yang menetap di luar negara tetapi masih mengikuti perkembangan kerjaya seni saya di Malaysia”.

Single ini adalah hasil ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan & Anas Amdan. Menurut Anas Amdan selaku ketua musik produser lagu “Wanita Terakhir”, “Secara keseluruhan lagu ini di ciptakan untuk mempaparkan sisi baru Fattah yang lebih matang sesuai dengan perkembangan kerjaya beliau”.

Lagu ini dilancarkan secara langsung dari Eropah oleh Fattah sendiri melalui aplikasi FB Live beliau. Teaser berdurasi 1 minit boleh di dapati di ruang media sosial Fattah seperti Instagram, Facebook & Youtube. Kata carian bagi teaser adalah “Fattah Amin – Wanita Terakhir (PROMO)”.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan lagu penuh boleh dimuat turun secara digital seperti itunes, playstore dan sebagainya.

Bagi pihak pengurusan FASTYLE, Kerjasama ini diharapkan dapat memeriahkan lagi industri hiburan tanahair dan menambah baik potfolio seni artis dibawah pengurusan FASTYLE.

Kami berasa optimis bahawa lagu ini dapat diterima baik oleh semua peminat seni tanahair dan ini merupakan salah satu strategi yang telah diatur bagi mempertingkatkan karier seni Fattah Amin agar terus segar di dalam industri hiburan tempatan”. Ujar Fas Subari selaku CEO & juga Founder FASTYLE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments