Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You

Yonder Music Live Series By The Lake Anuar Zain & You
Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You yang bakal diadakan pada 21 Januari 2017, di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur akan bermula pada pukul 8 malam dan dijangka akan menjadi acara pembuka tirai tahun 2017.

Sementelah, persembahan istimewa tersebut juga merupakan kesinambungan promosi album terbaru Anuar Zain.

Menurut Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron, pihak mereka teruja untuk merealisasikan persembahan istimewa ini yang dijangka akan mendapat sambutan luar biasa di kalangan peminat.





Melihat kepada rekod Anuar sebagai penyanyi lelaki paling diminati banyak wanita sehingga ada yang sanggup menangis dan sering 'diterkam' dalam banyak persembahannya, Adam optimis “Anuar Zain & You” akan menjadi persembahan pembuka tahun 2017 yang paling diingati kelak.

Bakal dilangsungkan selama 90 minit, “Anuar Zain & You” akan menyaksikan Anuar mendendangkan 14 lagu hit belau.

Disediakan keseluruhan pengisiannya oleh Anuar Zain Network, persembahan kali ini mendapat mendapat sentuhan Sze Wan sebagai pengarah muzik bersama seramai 14 pemuzik, di samping Jennifer Thompson yang bertindak sebagai pengarah persembahan.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan istimewa Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You boleh didapati di www.ticketcharge.com.my bermula daripada 9hb Disember 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments